Blog Archives

KUASA MINDA SEPARA SEDAR UNTUK CAPAI IMPIAN ANDA

BAGAIMANA MENCAPAI SEGALA HASRAT DAN IMPIAN ANDA.Jadi, bagaimana kita hendak menjadi sebagaimana yang kita fikirkan?
Ini petuanya :

Setiap masa (sekerap mungkin) gambarkan dalam pemikiran kita seolah-olah kita telah menjadi orang yang ki…ta ingin jadi, kemudian rangsangkan urat saraf kita untuk merasai dan bertindak mengikut gambaran mental sebagai orang yang kita ingin jadi, melalui minda separuh sedar kita, yang amat berkuasa memproses impian kita!

Untuk Berjaya, kita mesti mempunyai gambaran mental diri kita orang yang berjaya. Kita tidak mungkin Berjaya sekiranya kita mempunyai gambaran mental mengenai diri sendiri sebagai orang yang gagal – gambaran sebagai orang yang gagal ketika ini dan juga masa akan datang!

Ini adalah Undang-undang Alam

UNDANG-UNDANG PERSAMAANKita tidak boleh berfikir mempunyai gambaran mental mengenai sesuatu perkara dan kemudiannya menjadikan diri kita sesuatu yang lain daripada apa yang kita gambarkan.

Kita tidak boleh memikirkan kemiskinan dan kemudian menjadi kaya. Kita tidak boleh memikirkan kebencian dan kemudian merasai kasih.

Oleh yang demikian, kehendak pertama bagi memenuhi gesaan naluri (yang di luar kesedaran, kita sememangnya memilikinya) ialah dengan menggambarkan dalam mental bahawa diri kita sebenarnya adalah menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

Kerana ‘Pemikiran Kita’ (Gambaran Mental) mengawal kehidupan kita dan menentukan masa depan kita.

 
ANDA DILAHIR UNTUK MENCIPTA KEKAYAAN

Pemikiran separuh sedar kita merupakan pusat jana kuasa yang menggerakkan urat saraf dan anggota badan kita untuk bertindak menghasilkan keputusan-sekiranya kita memberi arahan matlamat yang berunsurkan… kejayaan, maka ia akan berfungsi sebagai mekanisme kejayaan dan begitu juga sebaliknya.

Berhati-hatilah memilih matlamat dan ‘mengisi minda’, kerana anda akan menjadi seperti apa yang anda fikirkan!

Fikirkan Boleh..Katakan Boleh..Pasti Kita Boleh Mencipta Kekayaan

 
 
Sumber: Facebook Datuk Dr.Maznah Hamid