Solat Dhuha, Doa dan Cara Perlaksanaan

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

 

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

 

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



 

 

  

* Coretanku

 

 

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

 

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

 

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

 

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

 

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

 

sumber: http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/

          

Posted on September 25, 2008, in Doa & Ibadah. Bookmark the permalink. 29 Comments.

  1. assalammualaikum

    Saya nak tanya samada bolehkah doa2 dibaca dalam BM krn saya tak hafal doa2 tersebut dlm bhasa Arab. Ini termasuklah doa solat dhuha dan doa solat tahajud.

    Mengikut buku panduan solat-solat sunat biasanya dlm sujud terakhir (solat Dhuha & tahajud) ada bacaan khusus dan dibaca dlm jumlah tertentu misalnya 40 kali.

    1) Bolehkah bacaan dlm BM (dlm hati, krn jika dilafaz sudah dikira bercakap dalm solat dan tentu membatalkan solat tersebut)
    2) bolehkah jumlah bacaan dikurangkan kepada 3 kali atau 7 kali contohnya

    • Salam…saya dah ajukan soalan ini pada ustasz. Sememangnya boleh doa dibaca dalam bahasa kita cuma rukun-rukun solat dan bacaannya sahaja tidak boleh dibaca dalam bm.
      Saya mula berubah ketika saya mengalami saat derita dalam hidup saya. Selepas saya mencari jalan keluar dari kesusahan hidup dan mengamalkan solat duha hidup saya menjadi ceria semua. Hati & jiwa saya tenang. Berdoalah selepas solat insyaalah kita dimurahkan rezeki dan jiwa kita tenang.

  2. Terima kasih atas jawaban yg diberikan.

    Alhamdulillah, solat dhuha adalah antara amalan yg saya lakukan selalu (kekadang saya tertinggal juga).

    Namun saya masih kurang pasti ttg jumlah bacaan ketika sujud (juga jumlah bacaan surah cthnya dlm solat hajat). Saya ada juga bertanyakan ustaz2 tapi jawapan yg diberikan kurang jelas.

    Saya difahamkan bhw Islam itui mudah dan tidak memberatkan umatnya. Tapi beramal tanpa ilmu, dikhuatiri amalan menjadi sia-sia. Diharapkan, segala amalan yg tlh dilakukan taklah sia-sia.

    Wassalam.

    • Mohd Syahrizan

      Allah itu Maha Mengetahui,
      Gunakan sahaja bahasa melayu untuk berdoa,apa yang penting kita benar-benar berdoa dengan ikhlas berserta dengan hati kita hanya pada Allah.Apa yang nak doakan cakap sahaja.Kalau dah ada ayat dalam doa seperti AlQuran,baca dahulu kemudian baca tafsirnya sekali biar kita benar-benar terasa yang kita faham apa yang kita minta.

      Dalam solat sunat juga,solat itu sendiri sudah sunat,jadi bacaan doa pun sunat.Kalau buat dapat pahala tak buat Allah Maha Memahami..

  3. Kudos from one braniac to another. 🙂

  4. There is obviously a lot to know about this. I think you made some good points in Features also.

  5. I am very happy I found your blog on google. Thank you for the sensible critique. Me and my wife were just preparing to do some research about this. I am happy to see such reliable information being shared for free out there.
    Best wishes,
    Amund from San Jose city

  6. assalamua’laikum..
    sy nk tnya, bley x sjud untuk bca ” ya wahab” slpas bgi salam??

  7. salam, kami ingin tanya bolehke kalau kt solat dhuha secara berjemaah ? harap balas secepat yang boleh .Terima kasih.

  8. Maybe you should change the post name title Solat Dhuha, Doa dan Cara Perlaksanaan Alam Maya – Kehidupan Tanpa Sempadan to something more generic for your blog post you create. I liked the blog post yet.

  9. You completed a few fine points there. I did a search on the matter and found a good number of persons will go along with with your blog.

  10. boleh kah solat dhuha dilakukan seperti solat lain iaitu membaca iftitah rakaat pertama dan al fatihah

  11. terimakasih..sesunguhnya ilmu Allah wajib kita kongsikan bersama sama

  12. alhamdulilah saya telah menemukan cara2 solat dhuha yang selama ini saya cari,karena saya tidak afal surah2 yang di saran kan dalam dhuha,,namun kini saya telah lega dengan ada petunjuk yang lebih ringna bagi saya tuk mnjalankan solat dhuha ini trimakasih buat tim ini aminn,

  13. syukran alaik ats perkongsian ini….smoga allah mmberi kte kbrktn hdup..amin..

  14. ana muskil dgn kadar waktu solat Duhah yg di terangkan di sini. dari Abu Daud meriwayatkan utk melihat waktu habisnye Duhah,ialah sepanas Anak Kambing di padang, ini bermakna tak sampai ke jam 12 tengahari- minta Admin perjelaskan di sini

    • Waktu Duha biasanya sepengalah matahari naik. Sebaiknya dapatkan maklumat di Radio IKIM.FM . Dari hasil pembacaan saya waktu Duha sesuai dilakukan antara jam 8.00am – 11.00am.

  15. adakah dibenarkan untuk melakukan solat sunat lain seperti solat sunat taubat ataupun solat hajat selepas solat dhuha?

    • solat taubat & hajat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. sebaik-baiknya setelah bangkit waktu sepertiga malam setelah melakukan solat tahajut

  16. assalamualaikum,

    saya hendak bertanya tentang waktu solat dhuha bila boleh dilaku..
    sebab byk saya tgk di laman web lain pelbagai pendapat…
    boleh terangkan kpd saya
    terima kasih

  17. assalamualaikum ustaz,

    solat untuk meminta sesuatu sesuai dibuat solat dhuha atau solat tahajjud..boleh bgtau saya ustaz.

    • Meminta sesuatu kepada yang esa perlu dilakukan pada setiap waktu terutama selepas Solat. Solat Hajat adalah paling sesuai jika hajat kita itu khusus.SolAT tahhajut dilakukan seelah kita terjaga dari tidur sepertiga malam untuk bermunajat dgn Allah .Biasanya di waktu malam kita lakukan solat tahajut, solat taubat dan hajat. Solat duha kita lakukan apabila matahari telah naik. Ia dilakukan sekitar pukul 8am – 11am. Solat-solat sunat yang lain juga disarankan kita berdoa memohon sesuatu hajat kerana doa itu senjata orang muslim..Saya sarankan belilah buku ENSKLOPEDIA SOLAT terbitan telaga biru.

  18. ismawie bin husseini

    ustaz saya nak bertanya tempat mana lebih afdal untuk kita solat sunat dhua di rumah atau di masjid.

    • Solat sunat boleh dilakukan di rumah, pejabat atau masjid. Afdalnya terletak pada khusyuknya kita kpd allah swt

  19. alhamdulillah …. terima kasih …. sekarang sudah jelas kerana selama ini bila merujuk kepada buku panduan solat-solat dhuha perlaksanaannya sangatlah complicated… tetapi sekarang tidak lagi

  20. Thanks atas info bermanfaat ini. Saya kebetulan masih mencoba menemukan aplikasi CMS yang paling cocok untuk digunakan sebuah situs berkonsep situs berita komunitas. Info yg sangat menarik buat dipraktekkan 🙂

  21. Give A Start Out To Your Income Recycling Search Engine Optimisation Small Business
    At the time they obtain your software, they let you know if they acknowledge or
    decline and you can start composing right away.
    They have a web site established up which lists all available assignments, thanks dates, pay
    back, and all the info you need to house publish
    the paper.
    To be secure, inspite of the point that you are figuring out how to
    negotiate in the foreign exchange swap amount markets,
    you shouldnt use actual text loans interval. You can available a demo
    obtaining and providing account and create your trades with no throwing absent a cent.
    In this style, as quickly as you reduce, you can examine that incorrectly and strive to proper it.
    When all buyers, even victorious ones, eliminate some funds, youll be figuring out how to lessen
    every single of your losses and increase your ideal
    profitable trades.
    These are some basic methods to produce earnings on the web.
    If you want to find out more then take time to be online as well.

    Look for the internet, be a component of discussion board and find
    out a mentor that can aid you comprehend and
    manual you on how to create income on the net. Whichever
    uncomplicated approaches to make cash flow on the net you pick out, be
    expecting that you will be investing some time, money and attempt
    and these approaches are not get-loaded-swift system.
    The most vital matter is that you’ve got figured out and try out and try out right up until you realize success.
    The Indian postal sector delivers lots of put up business financial savings techniques. The price savings strategies incorporate conserving account schemes, recurring deposit schemes, time deposit techniques, Month to month Earnings Techniques (MIS), Public Provident Fund Schemes (PPF), Countrywide Cost savings Certification (NSC) and a lot of additional. With RBI deregulating curiosity fees on discounts deposits, the Authorities of India also hiked the desire fee on article business office price savings scheme to four% from 3.five%.
    In purchase to select from financial debt consolidation as well as bankruptcy as a way to deal with increasing bad debts is probably the most difficult choices. It is extremely important to realize about both particular bankruptcy and debt consolidation, that intention at featuring credit card debt aid, considering the fact that they both equally do the position in a distinct way. As a result, it is essential to get very well-versed choice.
    You may well have some familiarity with writing a web site by now. Weblogs are akin to world wide web-based mostly diaries made up of own feelings or the items you adore executing with it. Go through on for yourself and your viewers.
    The oldest way of earning money is by investing in worthwhile business enterprise ventures. However investing is not for the standard particular man or woman who functions from eight am onwards, just to receive a many bucks. Properly the terrific news is that even if you can spare a hundred lbs you can nevertheless make investments in an prospect that can give you returns effectively well worth thousands of bucks. This is no answer and a ton of people have acknowledged and applied these tactics to make speedy. It is your improve now and do give it a truly really serious thought.
    Currently being an on-line affiliate, you will be provided banners or hyperlinks to set on your internet site and each visitor from your site that clicks on it and has been routed to your affiliate web site will receive you money. But this still relies upon on the ailments and time period in the affiliate program. In small, you are marketing a particular merchandise and get commissions when an individual buys it. quick loans fast loans

Leave a comment