Category Archives: Penyelidikan

Membentuk Kumpulan Penyelidik

Salam ukwah buat semua pengunjung AMKTS…

Ketika baru menjawat jawatan pensyarah, saya menjangka hanya tertumpu kepada pengajaran sahaja. Bidang penyelidikan begitu asing pada saya. Malah pensyarah senior di Fakulti Pengurusan Maklumat tidak pernah menjemput bersama menjalankan penyelidikan. Akhirnya saya terus leka tanpa membuat apa-apa sumbangan dalam penulisan dan penyelidikan. Masalah mula timbul bila semua perkara ini diperlukan dalam proses kenaikan pangkat. Nasib saya agak baik kerana semasa berkhidmat di UiTM Sarawak saya bersahabat dengan rakan di fakulti lain yang banyak membimbing dan meletakkan nama saya dalam projek perundingan dan penyelidikan mereka. Namun dalam bidang pengurusan maklumat hasilnya  boleh dikira sebelah jari sahaja.

Melanjutkan pengajian di peringkat PhD banyak mengajar dan membuka mata saya dalam bidang penulisan dan penyelidikan sebenarnya. Justeru itu saya mahu berkongsi ilmu ini dengan beberapa pensyarah baru di Fakulti Pengurusan Maklumat yang saya yakin boleh memberkan komitment. Hasilnya, saya menjemput mereka  bersama saya dalam membentuk kumpulan penyelidikan dan penulisan . Saya telah menjemput Cik Siti Nuur-Ila,En. Isma  & Pn. Rahayu. Dalam Mesyuarat yang pertama saya telah letakkan satu KPI serta sasaran untuk kumpulan kami hingga akhir tahun 2011 kami akan menyiapkan :-

  1. Dua buku terbitan UPENA
  2. Empat Pembentangan kertas kerja di Konferensi
  3. Dua penyelidikan
  4. Satu Projek perundingan

Saya telah mengagih-agihkan tugas kepada ahli kumpulan dan saya yakin pensyarah muda ini faham dan bersemanagat untuk melakukannya. Saya nyatakan bahawa” insyallah penatnya nanti tentu berbaloi-balaoi”. Kata tanpa di kota tidak bermakna. Justeru itu saya mengarahkan mereka untuk mengisis borang memohon Dana Penyelidikan. Dari sini kami akan bergerak mengikut fasa-fasa yang akan digariskan nanti.

Kita hanya mampu berusaha dan jangan lupa perancangan itu perlu diiringi doa dan munajat kepada NYA. Saya menyeru kepada ahli kumpulan saya agar tidak putus-putus berdoa agar apa yang kita rancang dan usahakan dipermudahkan oleh Allah swt. Cara terbaik ialah melakukan solat malam. Dalam riwayat Abu Hurairah r.a maksudnya ” Allah, Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam ketika masih tinggal sepertiga malam yang terakhir sambil berfirman: “Adakah sesiapayang berdoa (pada waktu ini), maka Aku akan perkenankannya? Adakah sesiapa yang ngin meminta sesuatu (pada waktu ini) maka Aku akan kurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin memohon ampun (pada waktu ini) maka aku akan ampunkannya”. Bersama kita berdoa agar niat murni dan perancangan kita dipermudahkan.

” Pendidikan yang paling praktikal ialah melatih diri kita untuk melakukan apa yang harus dilakukan, bila dan sama ada kita mahu atau suka melakukannya atau tidak. LAKSANAKANLAH !

Semoga kejayaan milik kita.

Bakry, Taman Bunga Raya Segamat Johor