Monthly Archives: November 2009

Memperkasakan Perpustakaan Desa melalui Web 2.0

Salam buat semua..

Setiap hari ramai yang bertanya bila saya nak memulakan pengajian  PhD. Saya jadi rimas dengan soalan-soalan begini kerana ianya menambahkan ketakutan dalam diri saya. Ikhlas saya beritahu bahawa saya belum bersedia. Saya masih tercari-cari tajuk yang sesuai. Saya ditawarkan bidang Perpustakaan Desa sebagai topik kajian PhD saya. Saya sendiri tidak tahu mengapa saya memilih bidang Perpusatakaaan Desa semasa memohon biasiswa tempohari. Mungkin saya fikir tidak ramai yang memilih bidang ini . Namun akhirnya di bilik temuduga hampir 7 orang memilih bidang ini dan kesemuanya berjaya dalam temuduga.

Research Proposal saya sering bertukar tajuk. Saya mahu mencari sesuatu topik  yang saya minati. Saya tidak putus berdoa apabila menghadapi saat-saat sukar. Hanya Allah sajalah maha mendengar dan mampu menolong. Akhirnya dua minggu sebelum saya membentangkan research proposal saya sebagai syarat  kemasukan ke program pengajian PhD , saya menemuinya di IID 09 UiTM Johor.

“Improvement Of Rural Library Through The Application Of Web 2.0” adalah tajuk PhD saya.  Saya cukup teruja dengan tajuk ini. Lantas saya cepat melakukannya melalui Blog IMS. Saya yakin konsep ini dapat dilaksanakan di seluruh lebih 1,000 perpustakaan desa di Malaysia. Saya sudah ada kerangkanya untuk saya persembahkan kepada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Doakan agar usaha saya ini berjaya.

Saya akan mempunyai Blog khusus untuk perjalanan PhD saya. Saya akan lancarkan sebaik saya mendaftar sebagai calon PhD nanti. Anda akan dapat mengikuti pahit manis perjalanan PhD saya nanti menerusi Blog “Travelog PhD : antara harapan dan cabaran.

 

Sentuhan Syima Fuyoo

Salam buat semua…

Jika ada rezeki dan diizinkan oleh Allah swt saya hanya ada 1 bulan lagi di UiTM Johor sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Ini adalah destinasi saya yang terakhir dalam meniti tangga menimba ilmu.  Namun ramai rakan-rakan yang tertanya-tanya..”Bakri, jadi ke you nak further study? Buat kerja macam tak jadi nak sambung belajar je..” Itulah pandangan rakan-rakan yang melihat kesibukan saya akhir-akhir ini.

Sememangnya saya teramat sibuk akhir-akhir ini demi memastikan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor dilihat satu fakulti yang disegani. Saya amat bangga dengan semangat sepasukan pensyarah yang berjaya membawa nama baik fakulti sehingga berjaya memenangi beberapa anugerah & kejayaan semester ini.  Dalam IID 2009 misalnya fakulti berjaya merangkul 4 pingat emas, dalam pertandingan KIK peringkat UiTM Johor kita muncul sebagai Johan, dimajlis Anugerah Dekan baru-baru ini kita juga menyapu bersih 3 anugerah yang diperuntukkan. Mungkin akan menyusul beberapa kejayaan lagi sebelum menutup tirai semester ini. Sama-samakita doakan kejayaan akan datang.  Inilah antara sebab saya begitu bersemangat untuk menjadikan Fakulti Pengurusan Maklumat ini lebih gemilang.

Justeru itu saya mahu maklumat berasaskan laman sesawang @ Web Base menjadi satu budaya menimba ilmu dan berkomunikasi dalam kehidupan pelajar dan pensyarah. Justeru itu saya mewujudkan IMS Yahoo Groups dan mahu

Syima

Syima Fuyoo

menggunakan Blog sebagai satu wadah saluran maklumat kepada pelajar dan pensyarah. Kesibukan saya tidak membataskan harapan dan cita-cita saya. Saya bertuah kerana saya mempunyai ramai pelajar yang berkebolahan mengendalikan laman Blog. Saya mengintai-intai calon yang sesuai lalu saya memilih Nur Hayatul Syima Binti Hanifah@ Syima sebagai orang yang dapat memberi sedikit sentuhan pada Blog IMS. Kepercayaan yang saya berikan tidak sia-sia. Beliau sememangnya seorang pengendali Blog yang hebat. Sentuhannya mengkagumkan dan saya tidak perlu banyak menghantar SMS untuk memberi arahan. Tahniah dan Terima Kasih kepada Syima. Lihatlah perubahan kepada Blog IMS @ http://www.imsjohor.blogspot.com .ims

Penjenamaan Semula IMS (Rebranding IMS)

Rebranding – To associate a new brand, trademark, image, or appearance with a product or service – wiktionary

Salam buat semua..

Sudah lama saya ingin melakukan sesuatu perubahan untuk IMS ( Information Management Society) setelah saya melepaskan jawatan sebagai Penasihat Persatuan IMS. Ketika saya mengambil alih persatuan IMS, saya mempunyai banyak perancangan untuk menjenamakan semula IMS ini agar menjadi satu persatuan yang disegani di UiTM Johor. Langkah pertama saya ialah menukar logo dan nama persatuan dari DIIM Society kepada Information Management Society(IMS). Saya juga memastikan agar persatuan membuat banyak aktiviti agar sumbangan pelajar dapat dimanfaat sepenuhnya. Namun atas beban tugas saya menyerahkan kepada pensyarah lain untuk menerajui IMS.

Namun semester ini ada yang tidak kena dengan persatuan. Mata saya sakit apabila melihat papan kenyataan IMS bagai

ims papan tanda

Carta Organisasi bagai melepaskan batuk di tangga

“hidup segan mati tak mahu” . Saya telah menegur beberapa kali tapi tidak diendah dan akhirnya mereka melakukannya juga tapi hasilnya bagai melepaskan batuk ditangga. Blog IMS juga banyak tidak diupdate dan banyak program dan aktiviti IMS tidak dilaporkan dalam blog IMS..Apa dah jadi? Jawapan saya mudah..Kepimpinan IMS perlu ditukar kepada mereka yang lebih berwibawa dan berkebolehan. Menjadi Pemimpin dan Ketua adalah berbeza. Pemimpin mampu membawa perubahan tetapi Ketua hanya tahu menjalankan tugas yang diarah..

Lantas kesempatan dan ruang yang ada selepas selesai kuliah saya bertindak membuat penjenamaan semuala IMS. Saya mahu IMS menjadi satu badan persatuan yang aktif dan bergerak maju. Langkah pertama saya ialah mewujudkan IMS Yahoo Groups untuk meyimpan maklumat pelajar dan menjadikan satu portal elearning kepada pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat. Kedua saya melantik Syima sebagai slah seorang penulis blog IMS  untuk mengemaskini segala aktiviti yang lepas. Ketiga saya akan buang carta organisasi IMS di papan kenyataan yang sungguh menyakitkan mata.

Saya lakukan semua ini kerana sayangkan IMS dan saya akan buat apa sahaja agar IMS menjadi satu Persatuan yang disegani.