Kenali Penulis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;Tetamu Ziarah yang Mulia; Salam buat semua pengunjung Blog Alam Maya.“Segala-galanya adalah baru”.

Sebagaimana Idris Jusoh, Shahidan Kassim, Khir Toyo, Tajol Rosli dan Mahadzir Khalid perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa kuasa bersama status baru sebagai Y.B tanpa kuasa, begitulah suasana baru ini memerlukan semua pihak untuk belajar menyesuaikan diri.

Saya dibesar dan dididik dalam keluarga yang sederhana di sebuah daerah bernama Tampin Negeri Sembilan. Namun pekan Tampin ini merupakan sempadan negeri Melaka maka saya selamat di lahirkan di Hospital Besar Melaka pada tanggal 5 April 1970. Ayah saya cukup tegas dalam mendidik anak-anak. Ibu saya tempat kami mengadu sesuai dengan tugasnya sebagai seorang guru.

Saya anak yang suka bebas dari bergantung pada keluarga. Sejak tingkatan satu saya sudah belajar hidup sendiri di sebuah sekolah berasrama di Melaka. Atas keptusan SRP yang tidak cemerlang saya ambil keputusan lari bersekolah di Pahang. Nasib saya baik di sini lalu mendapat pangkat 1 dalam SPM. Lantas terus ke ITM untuk menyambung pelajaran di peringkat Diploma, Ijazah dan Sarjana…mungkin Phd pun di UiTM..iTM di hatiku.

Pengalam kerja begitu banyak memberi kesempatan pada saya merantau ke seluruh tanah air . Banyak berjalan luas pandangan dan pengetahuan. Jika ada kesempatan saya akan ceritakan pengalaman berada di rantau orang.

Hidup ini ibarat sebatang pen. Saya ada sebatang pen. Saya gunakan pen itu sebagai ‘paku’ dinding. Apabila saya ketuk ‘paku’ itu ke dinding, akhirnya pen itu akan pecah dan rosak. Apabila pen rosak, ia menjadi sampah!

Bagaimanakah pen berakhir menjadi sampah?

Pen dicipta untuk satu tujuan yang amat spesifik. Fungsinya adalah sebagai bahan tulis. Apabila ia disalah guna, pen tersebut menjadi rosak. Dan apabila rosak ia menjadi SAMPAH.

Allah mencipta manusia atas satu tujuan yang sangat spesifik. Apabila manusia hidup dengan tujuan yang lain, maka manusia menjadi rosak, malah mampu menjadi makhluk perosak. Dan apabila manusia rosak, mereka menjadi sampah. Dari situlah datangnya SAMPAH MASYARAKAT.

SAMPAH MASYARAKAT adalah terjemahan kepada kehidupan tanpa matlamat. Kehidupan yang hidup tanpa makna.

Saya yakin, formula untuk menyelesaikan segala kebejatan sosial hari ini, ialah pada membawa manusia kembali kepada kehidupan yang bermatlamat. Hidup yang ada makna.

Bekerja bukan sekadar cari makan, kerana makan telah membunuh banyak manusia.

Bekerja bukan sekadar untuk keluarga, kerana telah banyak keluarga yang binasa kerana pekerjaan ibu bapa.

Inilah kehidupan..
Manifestasi dari sebuah kelahiran
Yang menuntut janji penyaksian
Bahawa Allah Azza wa Jalla sebagai Tuhan
Ilah dan Rabb tiada tandingan
 
Inilah kehidupan..
Animasi sebuah pentas drama
Lakonan hebat barisan ‘hero’ dan ‘heroin’
Dengan diri sebagai bintang dan pelakon utamanya
Bersutradarakan hati dan aqal pancaindera
 
Inilah kehidupan..
Simulasi sebuah teater kemanusiaan
Diiringi alunan muzik pengharapan
Sesekali diselingi serunai syahdu pengaduan
Pada maghfirah dan rindu kebahagiaan
 
Inilah kehidupan..
Aspirasi sebuah filem cinta dan nafsu
Berjurikan catatan Kiraman Katibin
Waktu tayangannya di pawagam Mahsyar
Pada hari pertontonan yang maha dahsyat
 
Sesudah kehidupan..
Kematian pasti menjemput tiba
Adakah filem kita akan menjadi ‘box office’?
Akan mendapat sambutankah pementasan teater kita?
Dan akan diterimakah skrip drama kita olehNya?
 
Hidup bukan sekadar untuk makan, minum, kerja, rehat, kahwin… ia harus lebih dari itu semua. Semoga saya akan berjaya mengharungi gelora dan badai kehidupan dan tribulasi kehidupan menuju ke pelabuhan kejayaan”

Kelmarin adalah kenangan, hari ini adalah perjuangan, esok…bukanlah satu kepastian. 

Bakry M..Tampin, 29 Mac 2008

  1. Salam..
    Tal sangka pandai berpuitis…tahniah..

  2. saya mencari rakan phd dan terjumpa web ini.

    • salam,..terima kasih mengunjungi blog saya walaupun secara kebetulan. Mungkin kita berlainan bidang tetapi dalam medapatkan PhD ada perkara lain yang kita boleh berkongsi. Salam perkenalan. -abm-

  3. ex student sir skarang dh pt4

    Hi sir..pa kabar skarang?…bz nampak…i just knew your blog existed teringat dulu part 1 sir ask us to create a blog for 103…smpi skarang masih ada blog saya sir…haha…anyway..congratulations for the birth of your second daughter and kerana sir dah naik pangkat…

  4. Salam.

    SubhanaLLAH, hebat bakat terpendam sahabat ni… selamat menulis dan ber’blogging’. Insya-ALLAH akan saya kunjungi lagi blog ini dari masa ke masa..

    Wassalam.

    HishamMB

  5. Salam. Tahniah diatas usaha murni tuan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsi mendapat keredhaanNya

  6. Kenapalah itm di hati lagi….tak mau berubah ke? tak mau jadi lebih maju ke…come on MELAYU

  7. Jamil bin Hashim

    Salam Sdr. Bakry. Terima kasih panduan cukup berfaedah yang saudara ingin kongsi bersama sahabat-sahabat yang lain. Untuk rakan-rakan yang bertanya tentang hafal doa, saya ingin berkongsi pengalaman membaca doa hingga boleh hafal. Contohnya untuk doa solat duha, mulanya agak sukar tetapi saya membacanya berpandukan doa dalam buku setiap kali selepas solat duha. Setelah diamalkan cara demikian 20 atau 30 kali, Alhamdulillah doa itu mudah terlekat dalam ingatan saya dan mudah membacanya setiap hari. Cubalah. Insya-Allah.

  8. Terima Kasih Tuan Bakry yang kesudian mengulas buku saya Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat. Harap buku ini dapat dimanfaatkan.
    Tuan mempunyai kebolehan menulis, elok fikirkan bagi menghasilkan karya sendiri.
    Dan tahniah juga untuk blog yang menarik ini.

    Rohidzir Rais

    • saya juga ingin menghulur salam perkenalan kepada saudara rohidzir rais. Terima kasih atas komen yang diberi. Buku tuan mendapat sambutan yang hangat di kalangan intitusi pengajian tinggi dan sekolah dalam tempahan online saya.

Leave a comment