Monthly Archives: April 2008

Solat Tahajjud Pengubat Kanser

Tahajjud Pengubat Kanser

Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Munurut hasil peneliian Dr. Mohammad Soleh, dosen IAIN Surabaya, salah satu solat sunnah itu dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.

Tidak percaya? “Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser”, ucap soleh. Ayah dua anak itu bukan “tukang obat” jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam desertasinya yang bejudul “Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi”. Dengan desertasi itu, Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipertahankannya. Selama ini, menurut Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medis solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi posetif, serta dapat mengefektifkan kemampuan individu untuk menanggulangi masalah yang dihadapi. Solat tahajjud yang dimaksudkan Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan pada sisi rutinitas solat, ketetapan gerakan, kekusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental psikis.

Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai miseri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui sekrasi hormon kortisol. Parameternya, lanjut Soleh, bisa di ukur dengan kondisi tubuh. Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya antara 38-690 nml/liter. Sedang pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam normalnya antara 69-345nml/liter. “Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, bisa diindikasikan orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitu sebaliknya”. Ujarnya seraya menegaskan temuannya ini yang mambantah paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata dogma atau dogtrin.

Soleh mendasarkan temuannya itu melalui satu penelitian terhadap 41 responden sisa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya . Drp 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir. Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya ditemukan bahwa kondsi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud. Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil. “Jadi solat tahajjud selain bernilai ibadah, juga sekaligus sarat dengan muatan psikologis yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi. Dengan cara memperbaiki persersi dan motivasi positif dan coping yang efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees,” Nah, menurut Soleh, orang yang strees(tekanan) itu biasanya retan sekali terhadap penyakit kanser dan infeksi. Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar drp penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan hitungan teknik medis menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik

“Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah”: (Al-Kautsar:2) Sebuah buki bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Haruskan kita menunggu untuk masuk ke akal kita?”

Anda ingin beramal soleh….? Kirimkan teks ini kepada rakan-rakan atau saudara muslim yang lainnya yang anda kenali” Wasalam

Puisi : Kekasih vs ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau..
Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.

 

Tapi Ibu sudah tiada. ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Rahsia untuk anak cemerlang

Rahsia untuk menjadikan anak anda cemerlang dalam akademik.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apakah rahsia menjadikan anak anda seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik?
Maybe kita boleh kongsi rahsia bagaimana nak menjadi anak-anak kita pelajar cemerlang dalam topik ini.. Kepada yang lain2 harap dapat berkongsi tips2 dan pengalaman sendiri supaya kita dapat sama2 membantu anak-anak kita.

Tips # 1 – Pastikan anak anda hadir dalam semua kelas

Seboleh2nya  anak anda jangan ponteng kelas lansung..Maybe anak anda boleh dapatkan nota dari kawan2 anda tetapi ianya tak akan sama dengan menghadiri kelas itu sendiri..Pengalaman saya masa belajar di UiTM dulu boleh nampak result2 yg kurang memberansangkan banyaknya disebabkan tak datang kelas..

Parents pun jangan ajar anak2 ponteng kelas ya kalau nak balik kampung ke or ada hal ke..Seboleh2 avoid it..

Kalau anak tak dapat juga pergi sekolah then pastikan mereka faham apa yang telah diajar..Kalau boleh, dapatkan ad hoc tuition untuk that particular topic. Anda perlu ingat yg kadang2 topik tu berkait dengan topik2 yang akan diajar in future.

Tips # 2 – Duduk di bahagian depan kelas

Tips ni pun pernah Dr Fadzilah Kamsah mentioned in ERa..

Kenapa perlu duduk depan?

1. Guru-guru anak anda akan kenal dengan mereka. Dia akan rasa yang anak anda memang minat dengan kelas dia dan dia akan rasa dihargai. Nanti nak tanya apa2 mmg senang je dia nak tolong..

2. Anak anda akan lebih concentrate. Kalau duduk belakang2 ada tendency untuk main2, tak concentrate, mengelamun.

3. Anak anda akan segan nak ponteng kelas sebab memang cikgu akan perasan kalau dia  x datang sebab dia selalu nampak anak anda itu di depan.

Tips # 3 – Pastikan anda sediakan jadual belajar untuk anak

Rasanya anda semua pernah dengar ” People don’t fail to plan but people plan to fail” atau dalam BM nya “Orang tidak merancang untuk gagal tapi mereka gagal untuk merancang”

So kita perlu buatkan rancangan untuk anak2 kita. Sediakan jadual yang munasabah untuk anak2 kita. Kalau dia ada kat rumah sediakan jadual yang sesuai. Ada banyak cara kita boleh check dia ikut atau tidak jadual tu:-

1. Suruh dia explain apa yang dia dah belajar for that day.

2. Suruh dia buat nota untuk apa yg dia dah belajar.

3. Dia dah siapkan latihan2 yang dah sepatutnya dia buat. Check balik dengan dia kenapa dia pilih jawapan2 tu sbb x nak dia main jawab je. Kalau boleh dapatkan buku2 latihan yang jawapan2nya boleh diasingkan supaya dia tidak meniru aja.

Sumber:

From: Mohd Yusoff <cikgutuition@yahoo.com>
Sent: Wednesday, 23 April, 2008 1:08:00 PM

Mari Belajar Buat Blog – Siri 3

 

Assalamualikum & Salam sejahtera,

Berjumpa kita semula dalam siri ke 3 mari belajar buat Blog. Saya minta maaf kalau lambat menyambung siri Mari Belajar Buat Blog kerana sibuk dengan tugas sebagai pensyarah. Siri ke 3 saya akan mulakan dengan tajuk di bawah:-

BUAT BLOG PERCUMA DENGAN BLOGSPOT

Pada entri yang lepas, anda telah mengetahui tentang apa itu blog serta kelebihannya. Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot). Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang beru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan!

Daftar di Blogspot

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.

Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:

  1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini. 
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa. 
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)

Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:

Pendaftaran Blogger

Mulakan Menulis!

Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.

Blogger

Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.

Blogger

Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?

Blogger
(klik imej untuk besarkan)

Ubahsuai Rupa Blog Anda

Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”

Blogger

Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan bahagian-bahagian baru pada sidebar anda. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.

Blogger

Ok, Sampai di Sini Dulu

Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama.

Salam Sayang..:)

Bakry M

Pembohongan seorang ibu

Menitik airmata ini saat membaca coretan ini….

Ibuku seorang pembohong
 
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

 

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

 

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
 
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

 

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

 

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

 

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

 

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


 

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


 

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Buat semua yang masih mempunyai ibu…jagalah ibu anda dengan baik. Ibu ibarat lilin yang membakar dirinya untuk memberi cahaya pada anak-anaknya. Dengar dan patuh nasihat ibu dan jangan abaikan ibu bila sudah berjaya.

Mari Belajar buat Blog – Siri 2

Langkah Pertama Yang Membawa Kejayaan Blog

Assalamuaikum & Salam sejahtera,

Berjumpa kita lagi dalam siri ke-2 kali . Kali ini lebih hebat berbanding siri yang pertama kerana tanpa melakukan tip ini, yang pertama tak akan tercapai. Hebat sangatkah tip kedua ini? Teruskan membaca.

Kebanyakan orang begitu gopoh di dalam melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang diingini. Bila apa yang dilakukan tidak berjaya, maka mulalah menyalah orang lain atau terus berputus-asa. Di manakah silapnya? Silapnya adalah di langkah pertama!

Kesilapan di langkah pertama:

1. Tidak tahu asas-asas blog

2. Tidak menentukan topik blog yang ‘menguntungkan’

3. Tiada pelan tindakan yang tersusun

Tidak tahu asas-asas blog
Pelik tapi benar. Ramai yang tahu membina blog, namun tidak tahu apa itu blog dan perkara–perkara asas berkaitan blog. Umpama memakan sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dimakan tersebut. Sudah tentu ia bahaya bukan? Begitu juga blog, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan memiliki blog yang menguntungkan, anda perlu tahu asas-asas blog yang penting.

Melalui Pakej Kit Blogger, anda akan mendapat satu ebook asas mengenai blog dan pelbagai tips yang efektif dan praktikal di dalamnya, sebagai panduan asas kepada anda sebelum menghasilkan blog sendiri.

Tidak menentukan topik blog yang ‘menguntungkan’
Di dalam Pakej Kit Blogger, pembaca (pembeli) akan ditunjukkan bagaimanakah cara mencari topik yang niche atau menentukan hidup atau mati blog mereka. Panduan lengkap bergambar dan langkah demi langkah yang jelas akan memberikan kefahaman mendalam kepada mereka mengenai cara mencari topik yang sesuai.

Pendek kata, antara sebab utama mengapa blog ‘mati’ di pertengahan jalan adalah kerana salah menentukan topik yang kurang mendapat sambutan atau kurang permintaan.

Tiada pelan tindakan yang tersusun
Bahasa mudahnya adalah, tidak ada perancangan yang teratur, tersusun dan profesional. Pengalaman saya dan apa yang saya perhatikan, salah satu sebab ‘gagalnya’ kebanyakan blogger baru adalah kerana membina blog tanpa dimulai dengan perancangan yang baik. Pendek kata tiada Pelan Tindakan yang bersistematik.

Untuk itu, dalam Pakej Kit Blogger saya sertakan bersama Pelan Tindakan Blog yang menggariskan langkah demi langkah yang tersusun agar blog yang dihasilkan benar-benar terhasil daripada perancangan yang rapi, dan memberikan keputusan yang membanggakan.

Salam sayang,

Bakry M

Mari belajar buat Blog

 

Apakah Itu Blog?

image

Kebelakangan ini, saya sering menerima emel yang bertanyakan tentang bagaimana nak buat laman web atau blog sendiri. Nampaknya semakin ramai yang berminat untuk menyertai dunia blog ini. Anda pun nak ikut serta? Jom! Terlebih dahulu, mari kita kenal apakah itu blog.

Apakah Itu Blog?

Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?

Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:

  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online

Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada SembangKomputer.com yang mengandungi banyak tips-tips mengenai komputer :p

Mudahnya Menggunakan Blog!

Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^). Contohnya seperti di bawah ni:

Anda hanya perlu taip artikel anda…

blog-01

Dan ianya akan diletakkan dalam blog anda. Mudah kan ^^

image

Pendek kata, anda tak perlu bimbang mengenai design blog anda (boleh didapati dengan percuma), ataupun bahagian sidebar (kat sebelah kanan tu) yang nampak macam kompleks. Tiada kod-kod yang susah yang perlu dihafal. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana.

Blog Percuma dan Blog Berbayar

Sekarang anda dah mula berminat dan teringin nak buat satu blog, tapi nak buat kat mana ye? Ok, ada dua pilihan untuk membuat blog, iaitu blog percuma dan blog berbayar.

Blog Percuma

Boleh didapati dari laman web seperti WordPress.com dan Blogspot. Laman web seperti ini menyediakan domain name dan hosting percuma. Alamat blog anda biasanya berakhir dengan penyedia blog tersebut, contohnya http://ahmadmarzuki.blogspot.com ataupun http://ahmadmarzuki.wordpress.com.

Blog seperti ini biasanya mempunyai had-had yang tertentu. Ianya lebih sesuai untuk blog yang tidak berdasarkan keuntungan, contohnya blog peribadi ataupun blog kelab peminat. Ia juga sesuai sebagai tempat cuba-cuba jika anda ingin belajar buat blog.

Blog Berbayar

Bagi blog seperti ini, anda haruslah membeli sendiri domain name dan hosting untuk blog anda, contohnya dari DataKL atau Exabytes. Anda bebas untuk memilih alamat bagi blog tersebut, contohnya www.ahmadmarzuki.com. Tiada had yang dikenakan, dan anda bebas untuk buat apa sahaja ke atas blog anda.

Jika anda serius dalam membuat blog, gunakan blog berbayar. Harga tak mahal sangat pun, RM160 setahun pun boleh dapat.

WordPress.org vs WordPress.com

Ramai yang keliru antara WordPress.org dan WordPress.com. Di sini saya ingin menerangkan perbezaan di antara keduanya.

WordPress adalah sebuah software yang digunakan untuk membina blog. Banyak lagi software lain yang terdapat pada masa ini, tetapi WordPress adalah yang paling bagus dan meluas digunakan. Laman web rasmi bagi sistem WordPress ini adalah di www.wordpress.org.

Laman web WordPress.com pula adalah sebuah perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh syarikat Automattic. Ia juga menggunakan software WordPress. Namun sebagai blog percuma, blog-blog yang dibuat di WordPress.com mempunyai had-had yang tertentu. Contohnya, anda tak boleh meletak iklan-iklan yang menggunakan Javascript.

Pendek kata, apabila saya bercakap tentang plugin ataupun theme terbaru WordPress, ia adalah berkaitan dengan software WordPress yang digunakan pada blog berbayar, dan BUKAN pada servis blog percuma di WordPress.com

Jadi, Apa Pilihan Anda?

Sudahkah anda tentukan blog apa yang anda ingin tulis? Dan perkhidmatan blog manakah yang anda akan guna? Dalam entri akan datang, saya akan ceritakan satu-persatu mengenai langkah-langkah membuat blog menggunakan WordPress.com dan Blogspot. Bagi mereka yang serius, jangan bimbang kerana entri mengenai WordPress.org juga akan menyusul. Tunggu ya ^^

       Sumber: http://sembangkomputer.com

Kami ingin mereka menjadi mukmin sejati

Seorang ayah dari Sabah berhijrah ke Johor kerana beliau melihat prospek pekerjaan yang lebih baik di sini. Dan setelah itu, dia memikirkan tentang masa depan anak-anaknya. Seraya ada perasaan kesal pada tutur katanya tentang kedhoiefan dirinya tidak berapa mendalami agama Islam dengan baik kerana persekitaran semasa di Sabah pada masa itu tidak menggalakkan untuk faham tentang Islam.

Ia ingin anak-anaknya menjadi seorang yang tahu membaca al Quran, membaca tulisan jawi, kenal solat. Selalulah ia hadir ke sekolah untuk menghantar dan mengambil anaknya dan bertanyakan perihal perkembangannya di sekolah. “Tak mengapalah cikgu, dia mungkin lemah dalam bidang akademik, tetapi biarlah dia menjadi seorang yang beragama”.

Ia tidak mudah melatah sekiranya anaknya dirotan jika memang benar kesalahan anaknya sendiri. Sebab dia tahu, seorang guru merotan untuk mendidik agar menjadi orang. Oleh kerana itu, beliau sanggup meluangkan masa seketika bertemu dengan guru untuk berbincang tentang masalah disiplin anaknya tanpa perlu menyerang dan menuduh tanpa usul periksa. Sehinggakan beliau menyatakan – guru di sekolah kebangsaan pun sudah mula jelak kerana wajahnya acapkali muncul untuk bertanyakan perihal hal ehwal anak-anaknya di sekolah.

Seorang ibu sanggup bekerja di kantin sekolah dengan harapan dapat melihat anak-anaknya benar-benar hadir di sekolah agama. Katanya “Cikgu, saya kerja di kantin pada sebelah petang bukan kerana duit, tetapi saya nak lihat anak-anak saya tidak melencong ke tempat lain”.

Seorang Ajk sekolah melontarkan pertanyaan dan pandangan – mengapa ramai ibu dan ayah tidak mahu menyertai Badan Kebajikan Sekolah/PIBG? Mereka hanya tahu komen dan kritik pihak sekolah, guru dan ajk PIBG/BKS seolah-olah tidak membuat kerja. Pelik juga mengapa orang atasan, profesional yang hebat tidak turun ke lapangan umat, membuat program kepada anak qariah.

Beliau menambah – pernah ada seorang profesional bertanya kepadanya – “mengapa engkau hantar anak engkau ke sekolah agama?” Lalu beliau merasakan pelik soalan tersebut, pendidikan agama di anggap seperti pelajaran kelas 3. Ibu Ayah tidak sedar kepentingan sekolah agama, tidak jelas tentang hala tuju pendidikan agama yang penting buat masa ini. Sedangkan sepatutnya orang bijak pandailah yang patut belajar ilmu agama.

Ayah dan Ibu, ajarilah anak-anak tuan dengan agama Islam. Supaya apabila anda berdua meninggal, sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan penghormatkan yang terakhir. Dapat memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan. Sekurang-kurangnnya anak-anak tuan tahu untuk berdoa, menyedekahkan bacaan al Quran apabila tuan puan berada di alam barzah.

Ayah dan ibu, seorang menyatakan kepadaku, ajarlah anak lebih daripada yang diajar oleh ibu dan ayah kita dahulu. Sebab ibu dan ayah dahulu amat risau tentang masa depan anak-anaknya, hingga ada di antara mereka yang bersikap tegas dengan akhlaq dan pendidikan anak-anak. Dengan jasa kedua orang tualah maka dia menjadi insan yang berguna.

Wahai ibu dan ayah, Di dalam hadith telah menyebutkan “Ajarlah anakmu tiga perkara mencintai Nabimu, mencintai keluarganya serta membaca al Quran kerana pembaca Al quran berada di sisi arasy ALlah bersama para anbiya’ dan orang-orang suci pada hari tiada naungan melainkan naungan ALlah. Riwayat Tabrani dari Ali bin Abi talib

Ibu dan Ayah..fikirkan apa yang akan jadi pada anakmu pada masa hadapan dengan apa yang kau ajari pada hari ini…

sumber : Http://jarumemas.blogspot.com 

Baru sedar…hebatnya dunia blog.

Salam…

Sekian lama saya mengenali Blog..kira-kira 4 tahun yang lalu. Pernah menulis Blog menerusi laman Blog Minangkabau menggunakan blogspot tetapi tidak serius. Blog itu akhirnya tidak dijengok dan berkubur. Kini 2008 tsunami Blog telah bermula..Akhirnya setelah digali, digali & digali rupanya blog ini banyak sumber yang boleh dibuat rujukan. Sungguh indah dunia Blog yang mampu memaparkan banyak maklumat yang selama ini kita tidak sedar. Alhamdulliah. .Kadang-kadang saya mengambil masa selama 10 jam untuk mencari dan memilih link-link yang sesuai untuk diletakkan di 2 Blog saya iaitu Blog Alam Maya atau Blog Suara Rakyat. Kini dalam Blog Alam Maya saya sedang mengumpul maklumat motivasi dan maklumat agama. Saya harap para pengunjung dapat memanfaat link yang saya sediakan..

Salam sayang,

Bakry 

Demam exam sudah bermula….

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

     Masa yang ditunggu telah tiba. Pelajar-pelajar sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Ada yang sudah bersedia ada juga yang baru nak mencari-cari nota dari rakan kuliah . Apa pun ceritanya..tujuan adalah satu iaitu ada yang nak sekadar lulus sahaja dan ada yang nak lulus dengan cemerlang.

Saya tercari-cari idea apa nak tulis untuk motivasi pelajar yang sering berkunjung ke Blog Alam Maya..Haaa saya akan menulis tentang Meneroka kejayaan di dunia & akhirat .

Dalam tips motivasi kali ini saya akan berkongsi dengan Anda bagaimana meneroka kejayaan di dunia dan akhirat. Kata lain, faktor yang menentukan kejayaan kita.  Tips ini saya ambil dari laman Blog imotivasi..

Kekadang dalam mengejar kecemerlangan, ramai di antara kita terperangkap dalam ‘kepompong’ diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tak ternampak oleh kita, namun dinampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru ataupun sahabat kita.

Orang-orang yang mampu melintasi self limits atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.

Dr Fadzilah Kamsah memangggil apa yang saya tulis ni sebagai “Menerobos Sempadan Diri”. Buku motivasi tulisan Dr Fadzilah Kamsah dengan tajuk tersebut dah habis saya baca dan saya juga telah mempraktikkan beberapa tips motivasi yang diajarkan oleh Dr Fadzilah Kamsah bagi meransang kecemerlangan diri saya.

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :Gunakan 10 kunci ini untuk merasang perubahan diri ke arah kecemerlangan !

1. Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
2. Kunci kemenangan ialah sabar
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan bersyukur
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat ialah takwa
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa
6. Kunci maksiat adalah kesombongan
7. Kunci solat ialah taharah
8. Kunci ibadah haji adalah ihram
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10. Kunci syurga adalah tauhid.

 

Tips Motivasi Yang Berkaitan
Inspirasi – Lance Armstrong
Bahaya Fikiran Negatif
Dr Shukri Abdullah – Video 1
Dr Shukri Abdullah – Video 2
Dr Fadzilah Kamsah – Video 4
6 Tips Sebagai Motivasi Diri
Pembaikan Diri Berterusan
Bila Usaha Anda Diperlekeh

Semoga apa yang dipaparkan akan mendapat manfaat utk semua pelajar . Selamat berjuang dan semoga berjaya..Amin

Salam Sayang…

Bakri M