Category Archives: Motivasi Minda

Akhirnya ku temui buku yang merubah kompas kehidupan

Ketika  saya menemui penulis buku “Mudahnya Menjemput Rezeki” , saudara Fathuri Salehuddin beliau telah meminta saya menghantar pesanan bukunya ke Melaka sebanayak #0naskah..Syukur , inilah namanya menjemput rezeki melalui jalinan network @ silaturahim. Namun di situ ada hikmah lain. Pembeli buku mahukan saya juga membekalkan buku & keajaiban Rezeki yang beliau petik dari tulisan buku saudara Fathuri..Bila semak di Google rupanya buku ini terbitan Gramedia. Lantas kebetulan rakan perniagaan saya selalu berurusan di Jakarta, Indonesia maka saya segera BBM ke beliau meminta beliau belikan buku tersebut.

7 keajabaiban rezeki buku dan cd 7 keajaiban rezekiInilah bukunya :- Siri Mega Best Seller . 7 Keajaiban Rezeki: Rezeki Bertambah, Nasib  Beubah Dalam 99 Hari Dengan Otak Kanan. Antara Isu Kandungan buku ini ialah :-

1. Menunjukkan percepatan-percepatan atau keajaiban rezeki dengan sentuhan islami dengan hubung kait dengan kewangan, kesihatan, hunungan sesama manusia, impian dan jodoh.

2. Memuat manfaat-manfaat dalam mempraktikkan :a.menguasai 90% pintu rezeki , b. memahami 19 amal yang melipatgandakan rezeki, c.menjual lebih banyak, lebih cepat dan lebih mahal, d.mengambil keputusan 1000 lebih cepat, e. melipatgandakan pengaruh dan go national 10 tahun lebih awal , f. mengendalikan Law of attraction , impian dan nasib g. mengubah kelemahan menjadi kekuatan yang sukar dikalahkan, h. menemukan kekuatan yang menghasilkan kebahagian , i. mengasah otak kanan, kretiviti dan imiginasi, j. bersedekah lebih besar dari pendapatan, k. menyingkap rahsia-rahsia Al Quran dan memanfaatkannya.

3. Bonus Audio motivasi selama 3 jam

Sedutan dari Seminar saudara Ippho – http://youtu.be/wsxCaevRB7k 

Saya amat mencadangkan buku ini dimiliki oleh semua orang . Ianya mudah difahami walaupun menggunakan bahasa indonesia. Boleh buat belian di www.successmall.net @ hubungi Haslina  019.3343101

 

Bila Ini Sujud Terakhirku…

 Nukilan ini saya ambil dari rakan yang mengirimnya di Facebook…terimakasih kerana izinkan perkongsian.

Ya Allah..Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma’Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh… dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh…

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..

Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali….Amiin ya Rabbal ‘alamin..See More

Bertenang Dan Jangan Stress Jika Tertekan

Salam buat semua pelajar yang saya kasihi..Apa khabar kalian  hari ni? Saya harap semuanya ceria, bertenang dan sentiasa bersikap positif – insyallah dengan mood yang baik segalanya berjalan dengan lancar. Ingat ! Sentiasa berdoa kepada NYA agar dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Itulah amalan saya..

Alahai…Bila musim exam ni ramai yang mengeluh dan mengadu pada saya betapa saat-saat ni teramat STRESS !!!. Jawapan saya senang aje…tulah kenapa study last minit. Dah jenuh diperingatkan soal time management dan jangan study last minit. Tak sempat nak cover semua sayang oii..

Biasalahtu…saya dulu masa study  macam tu jugak . Selagi namanya manusia.. problem mesti ada dan problem inilah yang menjadi punca-punca stress..So hari ini saya nak  berkongsi dengan kaliam semua tips menangani stress. Saya harap tips ini dapat membantu pelajar semua dalam menangani stress.  Ini saya ambil hasil bacaan saya. Selamat mencuba ya! Tip 6 A= Amalan

A.1 – Banyakkan sujud (melalui solat)…kasi banyak oksigen pergi ke otak…kasik ”tuning” balik…banyakkan munajat…banyakkan zikir…(perkasakan pertahanan aura diri agar tidak mudah
diceroboh oleh spesis bertanduk dgn bersedih, berdukacita, keliru, konflik dsbgnya)

A2 – Banyakkan bertaubat & BERDOALAH… kerana apa…”KETENANGAN ITU MILIK ALLAH” so bagaimana nak capai tenang kenalaa merayu pada EMPUNYA PEMILIK KETENANGAN ITU!!!…InsyaAllah bila ketenangan hadir doa juga akan lebih pantas diterima

A3 – Dan banyakkan TERSENYUM LEBAR…nikmati senyuman manis anda..rasakan emosi gembira walau pun bersedih so carilah komik ker bahan bacaan…infact laugh is one of the best medicine in this world….

A4 – Baby Theraphy ~ kalau ada baby kecil, tak kisahlaa anak sendiri ker, anak jiran, anak kawan…belajar- belajar berborak bahasa ’mereka’ ~ bayi @ anak kecil…insyaAllah terubat stress.

A5. – Cermin diri selalu ~ pandang cermin & TERSENYUMLAA….KATAKAN PADA DIRI ANDA BAHAWA ANDA SANGAT SAYANGKAN DIRI “I LOVE & ACCEPT MY SELF COMPLETELY” bayangkan senyuman itu masuk ke dalam diri anda melalui 7 kelenjar organ utama anda @ chakra system anda.

A6 – Selalulah ke masjid malam jumaat untuk baca Yassin berjemaah. Jangan lupa bawa air sebotol  untuk bekalan seminggu. Baca selawat sebelum minum. ..AIR AGEN AJAIB!!! ~ Sifat air dijadikan Allah memiliki mukjizat & kuasa PENAWAR…ianya juga agen PERAKAM DOA YANG SANGAT HEBAT… Bagi
yang dilanda gundah-gulana, bingung, buntu, sedih, kecewa, marah, geram..keliru. ..mudah shj…Kembali kpd apa yg disyariatkan. ..BERDOALAH PADA DIA DIATAS SANA…

Solat hajat….baca Yassin…zikir dsbgnya (letakkan air di hadapan anda)…LONTARKANLAH HAJAT ANDA… berdoalaa. ..dan kemudiannya jadikanlah air tadi PENAWAR…moga hati lebih tenang, fikiran lebih fokus dan kesihatan dan kesejahteraan diri terpelihara…Dan pastinya tak lupa MOGA DIBERIKAN JALAN PENYELESAIAN TERBAIK…

Emm, jangan pula mengadap rezeki…makanan mahupun minuman…hati, minda bersedih….kesal…marah (rosak nanti molekul airtu langsung jadi YEASYT a.k.a PEMANGKIN BLOCKAGE ANDA…bertambah berat beban emosi yg dilalui)… Mungkin kalian semua dah tahu, 60% of our body contain water…lontaran minda/emosi kita boleh mengubah molekul air MAKA fikirlah bagaimana AIR JUGA BOLEH MENJADI AGEN PENYEMBUHAN /TRANSFORMASI AJAIB untuk anda..Cuba bayangkan kejadian bumi ini. Peratus air lebih banyak dari tanah. Air di bumi tu merupakan air cond kepada mahluk bumi ini. Rajin-rajin selak tafsir al quran. Kita akan lebih faham soal air ni.

Disamping itu juga kalau stress ada baiknya usahakan MINUM AIR KOSONG LEBIH…dan SERTAILAA DGN NIAT & DOA…. insyaAllah ianya juga berupaya membantu menyingkirkan segala toksin & keasidan tubuh yg meningkat kesan stress yg dialami.

Moga tips ini berguna dan membantu kalian dalam menangani stress! JANGAN LUPA..mohon restu ayah & ibu serta guru-guru kita agar diberkati ilmu yang dicurahkan

Nasihat daripada  saya…apa pun INGATLAH !

Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni
dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt…

Salam Ukhwah;

Bakry, Kondo Puri Aiyu Shah Alam

Kenalpasti Punca Kenapa Anda Gagal

Salam buat semua pengunjung terutama pelajar saya yang akan mula menduduki Final Exam minggu hadapan.

NAPOLEAN Hill pernah berkata: “ … orang-orang yang tidak berjaya untuk mencipta kejayaan di dalam hidupnya mempunyai sesuatu yang serupa. Mereka semuanya tahu kenapa mereka gagal.”

Terlalu banyak peluang dan segala macam kebaikan yang dapat memberi faedah berada di sekeliling anda. Anda tidak dapat untuk melaksanakannya atau terbiar begitu sahaja kerana anda tiada kesanggupan untuk melaksanakannya. Segala apa yang telah anda rancangkan akan lenyap seolah-olah tidak pernah sekalipun anda terfikir untuk mahu mencapai kejayaan.

Terdapat banyak faktor yang berada di dalam diri anda atau di sekeliling anda yang menjadi penyebab kepada kegagalan anda untuk mencipta kejayaan selama ini. Kenalpasti semua faktor ini sekarang, kerana anda sudah tiada masa untuk terus menerus gagal.

Tidak Sanggup Bererti Menempah Kegagalan
Untuk mencipta kesanggupan diri adalah mudah, anda hanya perlu mulakan dengan berikrar bahawa anda sanggup untuk melakukan sesuatu dan mahu mencapai apa yang anda impikan.

Namun begitu anda harus ingat, walaupun anda telah berikrar tetapi di mulut atau di hati anda mengatakan tidak sanggup, dengan sekelip mata sahaja, kekuatan kesanggupan yang ada di dalam diri anda akan terhapus, pupus dan lenyap terus.

Anda mahu jalan mudah untuk mencipta kejayaan. Pada hakikatnya, anda sendiri tahu bahawa ia tidak mungkin berlaku. Pencapaian yang anda inginkan akan sentiasa bergantung kepada betapa tinggi kesanggupan yang boleh anda laksanakan untuk memperolehi hajat itu.

Misalnya, seorang pelajar tidak mungkin boleh mendapat 6 agregat di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, sekiranya dia tidak sanggup untuk berusaha belajar, mengulangkaji pelajaran, berbincang setimpal dengan apa yang ingin dicapainya.

Sekiranya dia sering ponteng sekolah, tidak membuat kerja sekolah, malas mengulangkaji, membuang masa, tidak suka berbincang dengan guru-guru atau rakan-rakan, tidak mungkin berjaya memperolehi 6 agregat seperti yang dihajatkan.

Dipendekkan cerita input adalah output. Apa yang anda usahakan, itulah hasilnya. Sekiranya sangup, semua yang anda inginkan boleh jadi dan jika tiada kesanggupan, semuanya akan gagal.

Mungkin anda sendiri pernah berjumpa dengan seseorang yang ingin berniaga atau sudahpun mula berniaga, tetapi tidak pernah mengambil tahu apa yang berlaku di pejabat ataupun di tempat di mana dia menjalankan perniagaan.

Dia semata-mata mengharapkan pembantunya untuk menjalankan perniagaan tersebut. Bila ada jualan, apa yang dia tahu hanyalah mengambil wang hasil daripada jualan itu dan sekiranya tiada jualan, dia akan memarahi pembantunya kerana tidak pandai berniaga.

Apakah orang sebegini akan meraih kejayaan? Sudah pasti tidak. Orang seperti ini ingin meraih kejayaan melalui perniagaannya tetapi tidak sanggup melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia akan gagal di dalam perniagaannya.

Anda mempunyai kemahuan dan hajat yang besar, tetapi tidak terlaksana atau terbiar begitu sahaja hanya kerana hati anda was-was, atau mulut yang mengatakan, “tidak sanggup” atau kedua-duanya sekali. Dunia ini hanya untuk orang yang sanggup. Mereka yang tidak sanggup akan sentiasa ketinggalan jauh ke belakang.

Masa Untuk Merebut Peluang
Ramai manusia masih lagi terikat dengan keadaan masa lalu. “Dahulu aku pernah cuba tapi gagal… tidak mungkin sekarang aku boleh berjaya…”. Ingat, hanya anda sahaja yang boleh menjadi penghapus kepada kenangan silam anda.

Apa yang telah berlaku, pasti telah berlaku. Sewajarnyalah anda memberi satu penumpuan baru, satu usaha baru dan juga satu kesanggupan baru untuk mencipta kejayaan yang pernah anda usahakan dahulu. Adalah tidak wajar untuk menjadikan peristiwa lalu sebagai penyebab kenapa anda tidak seharusnya mengecap kejayaan pada hari ini.

Anda mesti mengakui hakikat bahawa apa yang berlaku ke atas diri anda adalah kerana usaha anda sendiri. Anda juga mestilah mengakui bahawa kejadian yang berlaku ke atas diri anda adalah akibat daripada perbuatan diri anda sendiri.

Apa yang penting, anda mesti mengakui bahawa kehidupan anda hari ini bukanlah kehidupan yang telah berlalu. Sekiranya anda masih percaya pada keadaan masa lalu, bererti itulah pembentukan keadaan anda pada hari ini. Akan terpahat di pemikiran anda bahawa esok anda akan tetap menjadi seorang manusia yang serupa.

Pemikiran seperti ini akan merugikan diri anda sendiri. Anda harus faham bahawa kehidupan anda tidak perlu bersifat statik. Sekadar berputar di atas paksi yang sama, lantas menghasilkan sesuatu yang serupa. Anda perlu ingat kembali, bahawa anda yang bertanggungjawab untuk menyusun halatuju hidup anda dan bukannya orang lain.

Yang lepas jadikan sempadan agar segala kelemahan akan dapat anda perbaiki pada hari ini untuk membolehkan anda mewujudkan sesuatu yang lebih luar biasa pada hari esoknya. Anda juga haruslah berpegang kepada prinsip, “…hari ini pasti akan menjadi lebih baik daripada semalam”.

Anda harus cari segala kelemahan yang telah membawa kegagalan kepada anda. Anda haruslah mengambil iktibar daripada kesalahan yang telah anda lakukan dan dalam masa yang sama mencontohi mereka yang telah memperolehi kejayaan.

Kalau dahulu anda seorang yang boros, suka berbelanja tanpa sebarang perhitungan, tidak pernah menabung dan banyak berhutang-kredit sana dan kredit-sini hari ini anda ubah sifat yang merugikan ini. Dari kelemahan ini, anda harus bina sesuatu yang baru seperti berbelanja kurang daripada pendapatan.

Tanamkan sifat suka menabung, walaupun sikit. Jangan ikut nafsu berbelanja tanpa tujuan. Sudah pastinya, anda akan menjadi seorang yang luar biasa pada hari esok. Anda jangan lupa…sikit-sikit lama –lama jadi bukit. Pepatah ini masih lagi unggul.

Tukar kepercayaan yang ada pada diri anda. Keadaan masa lalu telahpun berlalu, dan yang pasti apa yang ada di tangan anda sekarang ialah waktu ini yang tidak perlu sama sekali anda kaitkan dengan masa silam.

Pisang tidak akan berbuah dua kali. Kikis kepercayaan yang boleh akan membataskan kekuatan diri anda untuk mencapai kejayaan pada hari ini.

Setiap manusia pernah menerima atau melalui kegagalan dan kejatuhan, bukan hanya anda seorang. Jangan tumpukan kepada berapa kalikah anda telah jatuh atau gagal.

Tumpukan kepada berapa kali pula anda boleh terus bangun dan menebus segala kejatuhan dan kegagalan yang telah berlaku. Tidak ada faedahnya anda menghitung kegagalan kerana bukan itu yang anda kehendaki.

Apa yang baik anda jadikan tauladan dan yang buruk itu pula boleh anda jadikan sempadan. Anda harus ingat bahawa setiap kejatuhan dan kegagalan itu akan memberikan kekuatan kepada anda untuk terus melakukan kebaikan dan mengelakkan diri daripada terus melakukan kesalahan.

Jangan sekali-kali anda kemukakan alasan-alasan untuk menyokong kegagalan yang telah berlaku di dalam hidup anda. “…mungkinkah aku akan menjadi seorang jutawan seperti yang aku cita-citakan? Yang itu aku dah cuba-gagal, yang ini juga aku dah cuba-tapi masih gagal.”

Hati anda akan terus berkata lagi, “…aku rasa, kalau aku dapat menjadi. Biarlah orang lain sahaja yang menjadi jutawan. Mungkin aku bukan daripada jenis manusia yang boleh menjadi jutawan.”

Berhenti segera, jangan berdolak-dalih. Jangan hargai kegagalan dengan memberi pilihan matlamat yang lebih kecil kepada diri anda. Anda bukan barang buangan yang mesti diberi diskaun. Hadapi kenyataan bahawa anda adalah manusia bagus dan berkemampuan. Hanya anda masih belum menggunakan bakat sepenuhnya.

Alasan-alasan remeh yang anda berikan telah menjadi penyebab kenapa anda akan terus menjadi seorang manusia yang gagal-semalam, hari ini dan esok…apa yang memburukkan lagi, alasan yang serupa akan menjadi penyebab kegagalan generasi anda yang akan datang.

Anggapan Awal Mencorakkan Diri Anda
“Susahlah…” demikian kata mereka yang suka membuat anggapan awal. Apa yang pelik, kata-kata itu diucapkan sebelum sesuatu kerja itu dilakukan. Bagaimana mereka tahu susah atau senangnya melakukan sesuatu pekerjaan itu tanpa dilakukan dahulu.

Anggapan awal yang bersifat negatif sebegini kerap menyebabkan banyak perkara yang baik tidak anda laksanakan. Anda hanya memikirkan yang susahnya dahulu sebelum sebarang usaha dapat anda lakukan.

Bagaimana hendak anda lakukan sesuatu usaha itu sedangkan telah terlebih awal lagi anda mengatakan ‘susah’, ‘tak boleh’, ‘leceh’ dan pelbagai tanggapan negatif lagi.

Saya masih teringat lagi satu cerita yang pernah saya baca dan ingin saya kongsikan bersama anda. Pada suatu hari, seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mempunyai masalah pendengaran balik ke rumah lalu memberikan sekeping nota yang telah ditulis oleh guru kanak-kanak itu kepada ibunya.

Surat itu berbunyi “Anak awak Tommy adalah seorang yang bodoh, jangan hantar dia ke sekolah lagi”. Lalu emaknya berkata kepada anaknya, “anak saya Tommy tidak bodoh, saya akan mengajar anak saya sendiri.”

Lalu ibu Tommy telah mendidik sendiri anaknya. Dia yakin, bahawa anaknya tidak sebodoh seperti yang dinyatakan oleh guru sekolah anaknya itu. Setelah masa berlalu,. Tommy pun meningkat dewasa dan akhirnya beliaulah tokoh yang kita kenali sebagai Thomas Edison.

Jangan terlalu cepat berputus asa atau cepat mempunyai tanggapan negatif yang boleh merugikan diri anda. Jika mulut dan hati cepat mengatakan begitu, fikiran anda pula mengakuinya maka fizikal anda sudah pasti tidak mahu memulakan langkah pertama dan langkah-langkah seterusnya. Akhirnya kehidupan anda dicorakkan dengan segala bentuk.

Ada kalanya pula, anda berhenti melakukan sesuatu yang sedang anda usahakan ketika anda berada di pertengahan jalan atau setelah hampir ke penghujung jalan. Segala kesanggupan dan keyakinan yang telah anda bina pada peringkat awal lagi, telah terhapus. Ini adalah satu tindakan yang sangat merugikan.

Manusia yang suka membuat tanggapan awal adalah manusia-manusia lembik, layu, yang suka membuang masa, beranggapan bahawa kejayaan itu mudah dan bukannya sesuatu yang sukar dan perlu ketekunan.

Akhirnya anda akan melihat seseorang yang pernah berusaha keras untuk mencapai kejayaan akan tetapi berakhir dengan menghabiskan masa tanpa memperolehi sesuatu yang bermakna dalam kehidupannya.

Dalam keadaan apa sekalipun, anda haruslah mencuba dahulu sebelum menyatakan bahawa “..ia sukar untuk dilakukan”. Tidak ada sebarang cara untuk memperolehi sesuatu itu melainkan dengan mencuba..mencuba dan terus mencubanya terlebih dahulu.

Ingatkan semula kisah yang berlaku di dalam kehidupan Thomas Edison. Beliau telah gagal hampir 10,000 kali sebelum beliau mencipta pelbagai kejayaan semasa hidupnya.

Ingat, anda yang menguasai diri anda sendiri, bukannya orang lain. Jangan sesekali anda salah-gunakan kuasa yang ada di tangan anda untuk menjuruskan anda ke arah kegagalan. Dan jangan sekali-kali anda membuat tanggapan awal.

Jangan timbulkan sebarang keraguan terhadap sesuatu yang anda rasakan boleh mendatangkan kebaikan kepada diri anda. Ramai yang tahu apa yang baik untuk diri mereka, tetapi mereka tetap tidak mahu melakukannya hanya semata-mata mereka telah dapat membayangkan segala kesusahan dan usaha yang perlu mereka lakukan untuk memperolehi kejayaan.

Pepatah Inggeris pernah mengingatkan manusia: “everyone knows about success, BUT they do not want to talk about success, because beneath success comes a lot of hard work.”

Anda tahu apa yang akan anda lakukan boleh memberikan kebaikan kepada diri anda. Akan tetapi, apabila anda merasakan bahawa ia memerlukan komitmen dan kesanggupan, anda akan terus meninggalkannya kerana tidak mempunyai kesanggupan dan tidak mahu untuk berusaha ke arah mencapai kebaikan tersebut.

Jangan ragu-ragu untuk bertindak jika anda tahu ia akan mendatangkan kebaikan untuk diri anda. Anda harus bertindak segera kerana hanya dengan cara ini sahaja ia akan dapat menghapuskan segala tanggapan awal yang tersemat di dalam pemikiran anda.

Bertangguh Akan Membunuh
Mereka yang tidak mempunyai kesanggupan akan sentiasa memberikan alasan untuk bertangguh dalam sebarang usaha. Sebab yang paling utama anda bertangguh ialah kerana sifat TAKUT. Sifat yang sepatutnya digunakan untuk menghindarkan diri manusia daripada kehancuran, bukannya menghadkan kebolehan manusia untuk mewujudkan kejayaan. Sifat takut akan hanya ke tepi sekiranya anda mempunyai sifat sanggup.

Dalam masa yang sama, sifat tidak mempercayai diri sendiri juga mungkin menjadi penyebab kenapa anda suka bertangguh. Anda sendiri akan mendengar satu bisikan di dalam diri anda, “…apakah aku boleh melakukannya?”

Alasan-alasan seperti “…aku tidak sepandai orang lain”,  “…aku tidak secekap orang lain”,  “…aku tidak setangkas orang lain”, akan sentiasa bermain-main di dalam pemikiran anda.

Dalam apa keadaan sekalipun, anda harus sering bertanyakan kepada diri anda, sekiranya anda tidak mempercayai diri anda sendiri untuk melakukan kejayaan, siapa lagi yang boleh mempercayai kemampuan anda untuk melakukan perubahan di dalam kehidupan diri anda sendiri?

Anda mahu cepat kaya, cepat berjaya, cepat itu dan cepat ini. Akan tetapi, yang cepat tidak akan menjadi cepat jika anda gagal untuk cepat melakukan tindakan yang kelak akan mewujudkan kejayaan itu.

Lagi lama anda bertangguh maka lagi lambat pula kejayaan akan datang menghampiri anda.  Jika anda meneliti dengan sedalam-dalamnya, sudah berapa banyak peluang yang telah anda terlepas kerana adanya “tembok penghalang” yang menyebabkan anda bertangguh untuk melakukan kerja anda.

Tembok penghalang itu selalunya datang daripada dalam diri anda sendiri. Tangan anda sendiri yang mengatur batu bata yang membentuk tembok di hadapan diri anda.

Sekali bertangguh akan menyebabkan anda akan terus memiliki sifat bertangguh dan ia adalah satu sifat yang sangat menyeronokkan. Hari ini…esok….lusa…tulat dan seterusnya sehinggalah sampai pada ketikanya anda akan merasakan diri anda berada di dalam kerugian. Akan tetapi, pada ketika itu segalanya mungkin sudah terlambat.

Walaupun pepatah Inggeris ada mengatakan, “Better Late Than Never..”, bermaksud sekurang-kurangnya lakukan atau berusaha untuk melakukan sesuatu daripada tidak melakukannya atau mencubanya langsung.

Ini bukan bermakna anda mesti mengekalkan sifat suka bertangguh anda itu. Sifat ini langsung tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kecuali kerugian untuk diri anda sendiri. Kerugian yang telah anda buktikan berkali-kali sebelum ini.

Jangan sekali-kali anda mengalah sebelum anda mencuba. Anda perlu sematkan di fikiran anda bahawa anda tidak menjadi semakin muda. Apabila setiap hari berlalu, bermakna hidup anda menjangkau ke usia tua dan semakin singkat pula masa yang ada pada anda untuk melakukan sesuatu.

Jika anda terus menyimpan sifat suka bertangguh, sudah pasti anda sendiri akan dapat meneka apa yang akan terjadi pada penghujung kehidupan diri anda. Jika anda terus bertangguh anda akan hilang ditelan zaman. Mungkin kelak ada seseorang menulis pada batu nisan anda yang berbunyi

“Di sinilah terkuburnya seorang manusia yang tidak sempat melakukan apa-apa”

Masa tidak akan merasa belas kasihan langsung terhadap anda yang mempunyai sikap suka bertangguh. Masa juga tidak akan memberikan sedikitpun kemaafan kepada diri anda yang sudah bertangguh untuk melaksanakan sesuatu kejayaan. Semalam tetap telah pergi, besok masih di tangan Tuhan. Tiada sesuatu yang boleh dilakukan kecuali pada hari ini. Bertindaklah sekarang!

Sifat Malas Membawa Kegagalan
Dalam dunia yang serba maju ini, masih ramai lagi yang berundur ke belakang. Sentiasa ketinggalan tanpa meraih kejayaan. Mereka yang seperti ini adalah orang-orang yang malas. Orang yang maju setapak tetapi akan mundur pun untuk beberapa tapak.

Orang ini malas berfikir, malas bertindak, malas melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan malas untuk mencapai kejayaan. Malas adalah salah satu daripada faktor yang menjadi penghapus segala kejayaan yang sepatutnya dicapai. Orang itu mungkin anda.

Dengan hanya merasa malas di hati, fizikal anda akan turut menjadi malas dan sudah pasti fikiran anda akan turut juga menjadi malas. Dengan sifat malas itu, segala apa yang anda impikan akan terus menjadi impian. Sebaliknya, jika anda tukar sikap anda daripada malas menjadi rajin, segala apa yang anda impikan itu akan menjadi kenyataan.

Semua orang termasuk diri anda berhak untuk berjaya dan mencipta kejayaan, tetapi hak itu selalu anda sia-siakan dengan sifat malas yang ada di dalam diri anda. Dengan malas, anda akan hanya mencapai kegagalan demi kegagalan. Orang yang malas adalah orang yang sengaja mencari kegagalan.

Jangan sekali-kali anda melayan rasa malas. Malas yang kecil akan menjadi besar jika ia dibelai dan dilayan. Ini adalah kerana, malas adalah sejenis penyakit yang berkuasa untuk menghapuskan segala impian yang telah dirancang untuk diri dan keluarga anda.

Hapuskan sifat malas dan tanamkan sikap untuk terus bekerja dan berusaha sehingga tercapai segala impian yang telah anda rancang untuk diri dan keluarga anda. Jangan sekali-kali terjerumus ke lurah malas yang akan mengecewakan kehidupan anda seterusnya.

Menjadi seorang ‘gagal sejati’ akan hanya berlaku kepada orang yang malas kerana sifat malas ini akan sentiasa mengheret anda ke arah kegagalan.

Sifat malas juga akan mengikat anda untuk memiliki pemikiran yang menjurus kepada kegagalan walaupun anda mempunyai segala potensi untuk berjaya.

Jangan dilayan perasaan malas yang sudah mungkin terbit di dalam hati dan jiwa anda. Tanamkan suatu kekuatan yang maksima di dalam diri anda dan bebaskan diri anda daripada cengkaman sifat malas yang ada.

Isikan hati dan jiwa anda dengan keazaman yang kuat dan kesanggupan yang jitu untuk memastikan bahawa setiap kejayaan itu akan memihak kepada anda.

Hindari Suasana Kecewa
Suasana kecewa dicipta oleh orang-orang yang kecewa. Orang kecewa akan berkumpul dan akan mewujudkan satu suasana kecewa. Mereka akan bercerita mengenai segala kekecewaan yang telah mereka alami. Jika anda berada di dalam lingkungan orang-orang yang seperti ini anda juga akan menjadi salah seorang daripada orang yang kecewa.

Orang yang kecewa akan melihat segala peluang sebagai sesuatu yang tidak bermakna. Tiada rangsangan di dalam diri mereka untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan. “Kejayaan adalah cerita dongeng yan membahayakan. Sedap untuk didengar tetapi tak mungkin boleh diharapkan,” kata mereka.

Anda sudah pasti pernah merasai atau menghadapi kegagalan. Malah ramai daripada mereka yang telah mencipta kejayaan demi kejayaan juga pernah menghadapi kegagalan. Namun begitu, kegagalan bukanlah sesuatu yang harus membuatkan anda merasa malu lebih-lebih lagi kecewa.

Ramai yang sudah meraih kejayaan pernah berkali-kali menghadapi kegagalan sebelum meletakkan kejayaan itu di dalam genggaman mereka. Jangan jadikan kegagalan itu untuk anda terus merasa kecewa dan tidak mahu lagi berusaha untuk mencapai apa yang anda impikan. Pepatah ada mengatakan, “…sekali gagal bukan bermakna jalan sudah runtuh”.

Anda perlu menanamkan sifat sabar dan terus mencari jalan dan berusaha untuk menebus segala kegagalan yang telah anda lalui. Anda harus jadikan setiap kegagalan itu sebagai cabaran yang harus anda rempuh sehingga anda berjaya.

Orang yang kecewa ialah orang yang banyak mengeluh daripada berusaha. Menceritakan kegagalan mereka daripada berusaha untuk menebus kegagalan. Cerita-cerita kekecewaan akan terus mewujudkan kekecewaan yang baru pula.

Oleh itu, anda harus mengasingkan diri anda daripada suasana kekecewaan. Orang yang kecewa ialah orang yang tidak mahu melihat kejayaan dan tidak percaya kejayaan itu boleh dikecapi. Anda bukan orang kecewa, anda mahu berjaya. “Anda yakin orang yang hidup pasti akan menghadapi mati tetapi orang yang kecewa sudah mati berkali-kali.”

Anda hendaklah membuka luas daya pemikiran anda. Sentiasa mencari jalan dan usaha yang terbaik agar anda mempunyai peluang yang terbaik untuk mencipta kejayaan.

Jika anda mempunyai fikiran yang terbuka, sudut pemikiran anda akan menjadi luas, prinsip diri anda, hokum-hukum penting untuk mencipta kejayaan, kepercayaan akan terjadi dan bergerak dengan harmoni untuk mencipta kejayaan dengan mudah sekali.

Fikiran yang terbuka luas adalah umpama jendela yan terbuka luas, yang membenarkan udara segar masuk dengan bebas dan memberikan anda peluang hebat untuk menjadi seorang yang berjaya.

Di dalam buku Think and Grow Rich, tulisan Napoleon Hill, ada menggariskan beberapa sebab lain yang turut menjadi punca kegagalan yang berlaku pada diri anda:

* Latar belakang keturunan yang kurang menguntungkan.
* Tidak mempunyai tujuan hidup yang jelas.
* Tidak memiliki cita-cita untuk meningkatkan taraf hidup sendiri daripada
ukuran taraf hidup yang sederhana. Sekadar cukup makan.
* Kurangnya disiplin terhadap diri sendiri.
* Pengaruh persekitaran hidup yang kurang serasi sewaktu masa kanak-
kanak.
* Bertangguh dengan alasan menanti saat yang baik.
* Kurang memiliki daya ketahanan dan ketabahan.
* Keperibadian yang negatif.
* Hasrat untuk memiliki kekayaan dengan jalan yang mudah.
* Tidak tegas dalam membuat keputusan.
* Mempunyai rasa takut yang mencengkam diri.
* Terlalu bersikap berhati-hati.
* Memilih rakan yang salah dalam usaha berniaga atau unsur kerjasama.
* Berkepercayaan tahyul dan was-was.
* Lebih suka meneka daripada berfikir.
* Kesilapan memilih jawatan atau kekosongan kerja.
* Kurangnya pemusatan fikiran terhadap sesuatu usaha.
* Kebiasaan mengeluarkan wang untuk keperluan dengan sewenang-
wenangnya.
* Tidak memiliki semangat juang.
* Memiliki sifat yang tidak mahu bertoleransi.
* Tidak sanggup menjalin kerjasama yang baik dengan manusia lain.
* Memiliki kekuasaan tanpa melalui usaha sendiri.
* Memiliki sikap tidak jujur sama ada disengaja atau tidak disengajakan.

Sumber: Majalah Sukses – 10 Sept. 2009

ESQ 2 : Perkataan syukur yang dilupai

Salam hormat buat semua pengunjung AMKTS terutama anak-anak di UiTM Johor yang saya kasihi.

Beberapa orang pelajar baru semester satu berjumpa dengan saya dan mengeluh kerana tidak berminat mengikuti kursus yang ditawarkan. Saya berkata pada mereka ini. Tak bersyukurkah rezeki yang Allah beri kepada anda. Kita merancang tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah apa yang telah Allah kurniakan…

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat kolej
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat Masuk Universiti
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

“Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!”

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa…lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat serta pelajar sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam..

ESQ 1 : Kisah Balang Kaca

Salam buat semua pengunjung AMKTS terutama pelajar yang saya kasihi. Saya akan cuba membawa kisah tauladan pada setiap minggu yang saya namakan ESQ agar kalian dapat mengambil pengajaran daripada kisah yang dipaparkan.

Seorang pensyarah di IPTA  yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, “Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. Para pelajarnya menjawab, “Ya, balang kaca itu sudah penuh”.

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,”Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. “Ya”, jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi,, “Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. “Ya”, jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,”Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, “Ya, sudah penuh”.

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,”Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?”. “Baiklah saya akan terangkan sebabnya… balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu”, jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

“Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh… pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat”, Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, “Habis… air kopi tu melambang apa pula?”. Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, “Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu.

Wahai kawan-kawanku sekalian… jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup… sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati… tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-‘Asr!!!.

sumber:-iLuvislam.com

“Cukuplah” & “Bersyukurlah”

Seringkali kita mengeluh tentang kecukupan keperluan hidup kita. Ada kalanya kita mengeluh bila kita membandingkan antara apa yang kita ada dan orang lain ada. Perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Seperti firman Allad dlm surah al baqarah:216
“… boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui..”
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya ‘just nice’. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru-baru ini. Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always greener on theother side’. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
(bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan part time. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat-dapat sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak-tidaknya dapat banyak part time. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi… Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba-tiba dia dapat banyak sangat part time. Hari-hari balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak buat part time. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main-main dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni… Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala-galanya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan…

Sesuatu yang terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi Allah. Hidup ini adalah pilihan.Setiap apa yang kita lakukan merupakan pilihan.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara-saudara semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara-saudara sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu’alam…

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup dan bersyukur dengan apa yang allah kurniakan…..

Tips membentang pesembahan yang menarik.

Hari ini  pelajar berpusu-pusu datang ke bilik saya untuk menunjukkan hasil projek akhir mereka. Kehilangan saya selama seminggu kerana bercuti membuatkan mereka menunggu. Satu kumpulan untuk projek digital resource centre dan satu lagi projek keusahawanan. Sudah kemestian saya memastikan pelajar di bawah selian saya akan membentamgkan projek menggunakan Macromedia Director. Saya ingin berkongsi mengenai tips pembentangan. Ini saya utarakan kerana minggu ini dan minggu depan ramai pelajar saya akan melakukan pembentangan final project mereka. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini. Tetapi hasil pembacaan dan seminar yang dihadiri, saya kongsi salah satu tips dalam membentang ‘persembahan’ yang menarik. Antara menjadikan diri anda seorang pembentang yang hebat adalah dengan mempunyai suara yang mantap dan lontaran suara yang jelas.

Ingin tips suara yang mantap dan menarik? Apa kata anda ikut tip di bawah:

Ramai mengatakan bahawa beliau dikurniakan suara yang hebat. Tetapi sebenarnya Steve Chandler yang merupakan penulis buku 100 Ways to Motivate Yourself mengatakan ada rahsia di sebalik kemantapan suaranya. Biasanya perjalanan ke tempat seminarnya mengambil masa lebih daripada sejam. Oleh itu, beliau akan menyanyi bagaikan orang gila ketika menujunya. Ternyata perkara tersebut berbaloi.

Mungkin beliau akan dicop gila jika orang lain melihatnya, tetapi risiko yang diambil berbaloi. Dengan menyanyi lebih kuat, suaranya bertambah mantap. Pernafasannya bertambah baik dan suaranya mememenuhi seluruh dewan dengan berkesan.

Selamat mencuma. Saya selalu lakukannya ketika memandu dalam perjalanan ke kuliah.

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya…berdoalah

Salam buat semua…

Beberapa hari ini tangan kanan terasa gatal..kata orang tua-tua, kalau tangan kanan tu gatal nampaknya nak dapat rezeki @  murah rezeki. Sememangnya ketika ini saya menunggu dengan penuh debaran keputusan kenaikan pangkat saya ke DM52. Saya mampu berdoa ,bertawakal dan berserah pada Allah agar berjaya. Saya tetap reda apa jua keputusan yang bakal saya terima. Saya tetap bersyukur kerana Allah telah memberi saya rezeki berupa biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Lantas maklumat yang saya jumpa ini dijadikan motivasi buat diri saya dan pengunjung semua dari Blog MK – motivasi kejayaan.

 Kisah Penjual Tempe

Barangkali ada yang sudah membaca kisah ini. Saya terjumpa dengan cerita ini dari MySpace Bulletin. Jadi, semoga bermanfaat ya!

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari …. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. 

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe …. Amin” 

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. 

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin” 

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu !!!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. 

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. 

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. 

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi !!!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. 

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. 

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.” 

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. 

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”. 

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. 

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan… 

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. 

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita. 

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan 

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat 

 

Rezki itu datangnya daripada Allah S.W.T…berdoalah mohon padaNYA

Salam buat tetamu AMKTS terutama pelajar usahawan ETR300 saya…

Minggu ini minggu yang amat memenatkan saya. Namun semua ini saya lakukan untuk mencari rezeki untuk keluarga. Saya terpaksa meninggalkan keluarga beberapa hari malah ada kalanya sampai seminggu tidak berjumpa keluarga kerana mencari rezeki yang halal. Ketika saya mencari sesuatu untuk ditulis tentang mencari rezeki saya terjumpa entri ini di laman Blog MK – Motivasi Kejayaan – http://motivasikejayaan.com . Menarik untuk kita kongsi bersama

Musibah Itu Adalah Rezeki oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
“YA Allah YA Tuhanku, aku ini sudah puas hidup susah, aku minta satu sahaja ya Allah, berikanlah aku kasih sayang, martabat yang mulia, petunjuk ke jalan yang benar dan aku ingin menjadi yang terbaik.

“Sekiranya Engkau berikan ya Allah, akan aku bantu wanita dan fakir miskin yang senasib dengan aku dahulu.”

Bagi pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, beliau tidak pernah melupakan janji-janji yang dibuat kepada Tuhan.

Malah sehingga kini, setiap malam ketika menunaikan solat tahajud, beliau masih terus berdoa tentang perkara yang sama.

Menurut Rozita, doa tersebut bukan bermakna beliau cemburu dengan kejayaan orang lain tetapi kerana berhasrat menjadi yang lebih baik daripada yang terbaik.

“Saya mengaku saya bukan alim. Apa yang saya buat adalah kerana Allah. Saya pernah cuba meninggalkan janji-janji saya, tetapi jiwa saya keluh kesah,” akuinya ketika ditemui sebaik sahaja merasmikan cawangan terbarunya di Kuala Lumpur.

Selain cawangan tersebut, Rozita, seorang wanita yang asalnya tidak punya apa, kini telah mempunyai dua cawangan perniagaan Sendayu Tinggi, masing-masing di Bukit Tinggi dan Bukit Raja, kedua-duanya terletak di Klang. Selain turut mempunyai sebuah kilang sendiri di Pelabuhan Barat.

Berpegang kepada pepatah “Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat,’‘ Rozita tidak seperti kebanyakan wanita lain yang hanya berserah kepada nasib tetapi bangun melawan kemiskinan yang melingkungi hidupnya sehingga kini muncul sebagai antara wanita paling berjaya.

Kepada wartawan SITI MARIAM MD. ZAIN, ibu cekal berusia 40 tahun ini menceritakan kisah suka duka hidup dalam usaha menjadikan impiannya satu realiti.

Apa perasaan puan sekarang?

Sebenarnya saya macam tidak percaya rezeki yang Allah beri. Tetapi jauh di sudut hati, semakin hari saya semakin takut dan berdebar. Tak tahu kenapa. Mungkin takut orang kata. Kita ini hendak mendapat sebuah kejayaan memang susah. Tetapi untuk mengekalkannya lebih susah. Mampukah saya mengekalkannya?

Pernah terfikir sampai ke tahap hari ini?

Tidak pernah termimpi atau terkeluar dari mulut yang saya akan ada walau RM1 juta kerana apa yang saya harapkan ialah dapat keluar daripada belenggu kemiskinan yang menyebabkan saya hidup melarat.

Bagaimana puan melihat kejayaan ini?

Kalau kata bersyukur ya. Tetapi hendak kata bangga tidak. Kalau sebelum ini saya belum naik, saya buat ucapan tanpa membaca skrip, tetapi bila ada cawangan begini, macam-macam bermain di fikiran. Mampukah saya mempertahankan perniagaan ini? Mampukah saya membayar hutang dan buat yang lebih baik lagi?

Apa yang membimbangkan puan?

Saya tidak mahu orang cakap peniaga Melayu ini `hangat-hangat tahi ayam.’ Saya juga takut saya mungkin jadi riak. Saya hendak menjadi seorang ikon. Saya pernah ditawarkan gelaran Datuk tetapi kurang berminat kerana niat saya buat bisnes, bukan hendak menjadi ahli politik atau hendak terkenal atas nama Da-tuk. Saya hendak orang kenal saya sebagai seorang perempuan yang susah, yang prihatin tetapi mempunyai semangat tinggi dan boleh membimbing perempuan lain melalui perniagaan Sendayu Tinggi.

Usaha ini merupakan satu perjuangan?

Pada saya ini satu jihad kepada diri sendiri. Pada saya, tanpa rezeki, tanpa kesihatan, kecantikan dan pelajaran, martabat itu tidak akan wujud. Dalam keluarga, saya rasa kalau suami tidak boleh pandang kita, kita pun tidak boleh menyumbang banyak kepada keluarga, saya rasa rugi hidup sebagai perempuan.

Kalau perempuan zaman Rasulullah atau perempuan yang berfikiran secara kampung, mereka kata, tidak apa, suami ada, dia boleh sara, anak-anak akan beri duit. Konsep hidup saya, tidak pernah mengharapkan bila tua nanti anak-anak jaga, saya tua nanti, suami ada. Dari dulu saya tidak reti hendak meminta-minta.

Dari mana puan dapat kekuatan ini?

Saya pernah bercerai. Saya pernah mengalami kehidupan yang teramat susah. Tiada siapa pandang saya. Saya sendiri kata, kenapa saya mesti menjadi seorang petani? Saya rasa saya muda, bertungkus-lumus membanting tulang, bersengkang mata untuk hidup. Anak dalam keadaan bahaya kerana ditinggalkan untuk mencari rezeki sehingga tengah malam. Sampai bila saya harus begini? Mesin atau kereta sekalipun, kalau lasak sangat boleh rosak enjin. Walaupun saya tidak mempunyai pelajaran tinggi, tetapi kalau Lim Goh Thong boleh berjaya, kenapa saya tidak boleh menjadi sepertinya?

Saya bertanya sampai bila hendak jadi macam ini? Hidup melarat. Apabila fikir balik, saya bersyukur kenapa saya tidak disayangi oleh orang (sebak) sebab menganggap anak perempuan membawa malang. Disisihkan, dihina, dinista. Saya malah berterima kasih dengan seksaan yang diterima. Jika saya dimanja, dibelai, dipuja, saya tidak akan jadi seperti hari ini.

Saya senang bukan kerana peninggalan harta emak ayah, bukan kerana pelajaran, bukan kerana dorongan suami tetapi kerana kekuatan jiwa sebagai seorang ibu. Saya rasa bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak. Saya tidak mahu kerana kelemahan terlalu menaruh harapan – tak mengapa, suami sara saya. Tak mengapa anak-anak akan jaga saya, akhirnya masa depan anak-anak saya gelap.

Boleh gambarkan kesusahan masa lalu?

Saya pernah bersalin ketika itu ada duit hanya RM1.85 sen. Saya pernah bersalin (anak ketiga) tanpa ada bidan. Lahir sendiri, tidak ada lampin. Saya tidak pernah menangis kerana miskin. Tetapi sebab anak, saya menangis. Saya miskin dan tidak makan, saya tidak hairan. Saya minta kain buruk dari rumah orang, saya kata untuk buat kain lap (kesat) kaki. Sebenarnya saya hendak balut anak saya. Basuh pinggan pakai berus sabut. Setiap kali Hari Raya, saya tidak pernah tunjuk pada emak yang saya miskin, tidak pernah balik raya. Saya beli baju lelong 50 sen untuk anak-anak.

Pengalaman yang saya tidak boleh lupa ialah makanan saya kalau setakat nasi berlaukkan sayur atau tidak makan, sudah jadi macam lali, tidak rasa apa. Kalau orang tengok saya berimej korporat, sebenarnya saya tidak selesa berkawan dengan orang korporat. Saya lebih selesa berkawan dengan orang macam saya dulu. Sebab saya rasa itu adalah saya. Apa yang orang tengok saya sekarang, adalah sebagai pengasas sebenarnya. Saya terpaksa membawa diri saya – orang tengok nampak cantik tapi hakikatnya jiwa saya masih jiwa saya yang dulu.

Apa pengajaran yang puan belajar daripada pengalaman ketika hidup susah?

Bila saya pernah hidup susah, orang tidak menghiraukan saya, nyawa pun tidak ada nilai, sengsara dalam usia muda, saya kata, beri masa umur saya sebelum 40 tahun, saya mesti dapat sesuatu, sekurang-kurangnya rumah sebuah, kereta dan sedikit simpanan untuk hari tua.

Tetapi bila saya sudah berjaya, kalau hendak duduk senang lenang memang boleh, tetapi saya fikir balik, saya tidak boleh mengambil keputusan seperti itu, ramai perempuan lain yang boleh saya gilap. Mungkin kalau tidak jadi macam saya, dapat pendapatan antara RM50,000 atau RM100,000 sebulan pun sudah memadai.

Kebanyakan net working saya dapat angka itu. Saya rasa gembira. Saya selalu pesan pada net working saya, ingat asal-usul kita. Kekayaan, kemiskinan adalah ujian. Kalau niat untuk jihad, insya-Allah rezeki itu akan berkat, hati akan damai.

Puan belajar dari kehidupan sendiri?

Alam sekeliling adalah universiti saya. Kebanyakannya saya belajar daripada susah payah kehidupan. Saya sebenarnya tidak suka tengok sikap perempuan yang percaya perkahwinan adalah satu jaminan hidup. Pada saya perempuan ini sebenarnya bijak. Perempuan boleh berkembang. Walaupun tanpa pelajaran, banyak suri rumah berjaya buat jualan langsung.

Saya duduk dengan emak tidak lama, sebab berkahwin atas pilihan keluarga. Hidup saya tertekan. Sebab itu saya nampak setiap musibah yang datang adalah satu rezeki yang kita tidak tahu tetapi Allah turunkan. Kerana itu saya kata, kita patut belajar daripada musibah. Kita tidak boleh anggap sesuatu benda itu kemalangan, contoh macam anak saya meninggal dunia. Orang tuduh punca anak saya mati lemas kerana perceraian. Kita perlu menerima takdir dengan terbuka. Kita patut melihat kesilapan kita yang lepas mungkin Allah balas sebagai penyucian dosa. Dalam masa sama, kerana orang tuduh saya tidak bertanggungjawab, saya buktikan kerana sayalah, anak-anak saya hari ini mendapat yang terbaik.

Mengapa berlaku tuduhan begitu?

Mereka menyalahkan saya kerana sakit hati, saya bercerai. Masa itu, anak balik kampung, bercuti, saya pula bekerja di Kuala Lumpur. Jadi mereka menyalahkan saya, “itulah emaknya pergi cari duit, anak mati lemas sebab dia lah tu.” Lagi satu, saya tengok sikap orang yang berfikiran sempit. Mereka selalu memandang negatif kepada orang lain. Mereka menganggap perempuan yang menjadi ibu tunggal ini sebagai beban. Bagi saya, perempuan ini bersikap lemah, mereka perlu disayangi, diberi perhatian tetapi dalam masa yang sama juga, saya menyalahkan kaum perempuan itu sendiri.

Kenapa?

Kerana perempuan menggunakan kelemahan mereka untuk meraih simpati dan untuk menangis. Orang selalu berpandangan negatif kepada perempuan yang bercerai. Mereka kata, “baru kau tahu, baru kau rasa.” Kita patut beritahu pada diri sendiri, perceraian bukan satu benda yang sakit. Kita tidak akan mati kerana perceraian. Tetapi kita mesti buktikan walaupun bercerai, kita boleh hidup. Saya sering beritahu kepada ibu-ibu tunggal bahawa setiap perempuan itu mempunyai aura sendiri. Mereka mempunyai kekuatan tersendiri.

Bagaimana puan menghadapi tuduhan?

Saya tidak menyalahkan mereka. Orang boleh tuduh atau cakap apa sahaja. Saya kena buktikan, mungkin kalau bukan tahun ini, tahun yang akan datang.

Sebab di mana saya waktu itu? Saya mencari rezeki, anak saya meninggal masa dia tidak ada bersama saya. Tetapi saya lawan balik perasaan itu. Saya kata, ini adalah qadak dan qadar. Mungkin orang menuduh saya sebab Allah hendak menegur saya. Bila saya cakap begitu, maknanya, orang yang mengata saya tidak salah dan saya kata diri saya juga tidak bersalah. Jadi saya rasa ringan. Dan jalan terbaik ialah memperbaiki diri sendiri.

Apa yang berlaku selepas itu?

Dua tahun saya tidak boleh tengok air. Dalam masa yang sama anak itu meninggal, saya mengandung dua bulan. Tetapi saya kuatkan semangat. Saya cakap pada diri saya, hidup harus diteruskan. Kalau saya ikut tension, anak dalam perut mungkin akan menerima kesan. Saya dekatkan diri dengan Tuhan, cari rakan yang boleh dipercayai untuk beri saya ketenangan.

Apa tindakan puan selanjutnya?

Bila saya tengok orang banyak memandang remeh terutama apabila kita miskin, tiada pelajaran, hidup susah, saya cuba berjanji pada diri sendiri – saya hendak hidup seperti orang lain. Saya hendak ada maruah dan martabat diri sendiri, mahu jadi seseorang. Alhamdulillah, saya dapat kerja, sebagai pegawai pengurusan harta. Kemudian saya cakap pada diri hendak menjadi pemilik syarikat. Sekali lagi Allah tunaikan.

Satu pengajaran yang saya dapat ialah saya dapat mendidik orang yang memandang sinis terhadap saya sebelum ini, malah mereka semua baik dengan saya sekarang.

Puan tidak berdendam dengan orang yang memandang hina pada puan dahulu?

Tidak kerana bagi saya, memaafkan seseorang itu adalah saat-saat yang indah – kata Fauziah Latiff – Dendam Yang Terindah. Tetapi jauh di sudut hati saya ada rasa sedih, sebab orang sayang bukan kerana ikhlas tetapi sebab kejayaan saya sekarang.

Awal tadi puan kata tiada kelulusan, bagaimana boleh mendapat kerja yang baik?

Terus terang saya katakan, saya juga pernah bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat percetakan selain bekerja di hotel. Saya sebenarnya bijak semasa sekolah. Peperiksaan tidak pernah dapat lebih daripada nombor empat. Memang saya pernah tinggal di Felda tetapi selepas bercerai saya duduk di bandar. Di bandar, saya nampak saya mesti ada sesuatu untuk memajukan diri. Saya perbaiki kehidupan dengan mengambil kursus-kursus tetapi hanya di peringkat asas. Saya belajar selok-belok komunikasi dengan pelanggan dan sebagainya.

Semasa bekerja sebagai pegawai pengurusan harta, saya melihat kelemahan mentaliti dan sikap orang Melayu. Saya mengkaji kelemahan mereka untuk dijadikan iktibar supaya saya tidak menjadi seperti mereka. Semasa saya minta kerja ini, saya beritahu saya pernah bekerja sekian, sekian, tetapi saya tidak bawa sijil kerana hilang. Walhal memang tiada sijil. Saya terpaksa menipu. Saya kata, beri saya peluang enam bulan. Kalau saya mampu buat kerja, ambil, jika tidak, buanglah saya. Alhamdulillah, saya dapat buktikan yang terbaik. Saya bertahan selama 10 tahun. Dalam masa yang sama, saya mula mencuba perniagaan Sendayu Tinggi.

Berapa modal permulaan puan?

Saya bermula dengan modal RM400, hasil gadaian barang kemas. Semasa di pengurusan harta, saya banyak terlibat di bahagian promosi dan operasi. Bila pelanggan datang, saya akan tanya, sudah kahwin ke belum atau mungkin ada masalah keluarga. Kemudian saya akan syorkan mereka menggunakan produk herba saya. Suami-suami yang datang jumpa saya selepas itu mengaku isteri mereka macam anak dara. Dari situ perniagaan saya berkembang.

Kemudian saya cuba pula menjual ubat menguruskan badan. Pada awalnya tidak laku kerana saya sendiri gemuk. Apabila saya kurus, saya keluarkan gambar semasa gemuk dan tunjuk perbezaan sebelum dan selepas makan ubat. Sebenarnya saya cuba buat pinjaman bank tetapi ketika itu bank tidak layan. Alasan mereka, belum ada perniagaan herba yang berjaya di Malaysia. Saya sakit hati. Saya kata pada diri sendiri, saya akan buktikan yang saya boleh berjaya. Saya tidak perlukan bank untuk berniaga. Dan saya semat dalam hati, mungkin satu hari nanti bank yang akan datang mencari saya. Betul. Sekarang semua bank cari saya.

Apa reaksi puan?

Biasa sahaja. Bagi saya bank mana yang boleh bagi kadar paling rendah saya ambil. Sebenarnya hendak berniaga kita tidak perlu ada modal banyak. Yang penting kita ada keyakinan diri, apa yang kita buat bagus dan jangan tipu. Buat ikhlas kerana Allah. Jadilah nanti.

Formula kejayaan puan?

Saya fokuskan minda saya dengan kata-kata. Dan saya akan berusaha ke arah itu.

Falsafah hidup puan?

Saya sentiasa ingat pesan bapa, jangan menipu, jangan rasuah dan jangan buat benda-benda bodoh – minum arak. Pesan saya pada diri saya – jangan riak dan takbur.

Bagaimana sikap puan sebenarnya?

Saya mempunyai banyak karakter. Saya boleh menjiwai sebagai seorang perempuan kampung, sebagai wanita korporat, ibu dan hakikat yang orang tidak tahu ialah orang nampak saya lemah lembut tetapi sebenarnya saya sangat tegas dan keras hati. Tiada apa yang boleh mengatakan tidak dalam kamus hidup saya.

Kalau saya hendak sesuatu, saya pasti akan dapat. Sebab pada saya, dalam dunia ini tiada perkara yang tidak boleh. Selagi tidak cuba, kita tidak akan tahu. Itu diri saya yang sebenar. Di rumah, saya adalah ibu dan isteri, seperti suri rumah yang lain.

Hobi puan?

Memasak dan tengok orang makan apa yang saya masak. Saya juga suka menghias. Semua pejabat saya, saya hias sendiri. Selain itu, saya suka melihat satu benda mustahil tetapi boleh menjadi kenyataan.

Apa yang pelik tentang diri puan?

Saya tidak suka pakai kasut. Saya biasa turun kereta, kejar orang dengan berkaki ayam semata-mata untuk memberi sedekah. Saya juga masih berkeliaran di pasar-pasar termasuk pasar borong dan pasar malam. Saya masih shopping di kedai-kedai bundle. Saya tak pernah rasa malu untuk berpakaian begitu sebaliknya saya rasa lebih cantik.

Puan seorang yang kedekut dan memakai pakaian berjenama?

Kalau saya kedekut saya tidak akan membantu wanita-wanita malang dan fakir miskin. Pada saya, daripada kita membazir duit tidak tentu fasal, membeli kereta mewah dan pakaian mahal, lebih baik kita sedekah duit buat amal jariah. Kita membeli pakaian berjenama, padahal kalau beli di Petaling Street, sama sahaja.

Orang kata puan pun semakin berubah?

Kalau orang kata kemewahan boleh mengubah saya, tidak. Orang nampak saya mungkin sebagai pengasas (Sendayu Tinggi) tetapi saya tetap saya yang seperti dulu.

Apa makna perkahwinan bagi puan?

Pada saya, tidak guna kalau kita berkahwin tetapi perasaan kita terseksa. Kita cuba mendapatkan kebahagiaan itu tetapi daripada kita kena pukul, sakit hati, tiada komitmen dalam kehidupan, saya rasa lebih selesa mengakhirinya, saya tak nak `sakit.’ Malangnya orang anggap saya berkahwin banyak kali kerana suka-suka. Saya sedar banyak kata-kata di luar tentang saya. Orang boleh bercakap apa sahaja. Tetapi saya yang melalui kehidupan, saya tahu apa yang berlaku dan apa perlu dibuat.

Ada orang kata puan gila glamor, suka promosi diri sendiri menerusi iklan?

Kalau saya guna model orang lain, dia tak pakai Sendayu Tinggi, dia cuma jual produk. Tetapi itulah diri saya sebenarnya – pergi ke hutan, berjumpa nenek kebayan yang mempunyai rahsia kesihatan terbaik. Saya daripada perempuan biasa yang tiada apa-apa, kemudian menjadi lebih berkeyakinan setelah menggunakan Sendayu Tinggi.

Iklan itu kisah benar?

Itulah apa yang berlaku sebenarnya. Ia kisah diri saya. Tetapi nenek tersebut bukan nenek kebayan, tetapi bidan tua yang uzur. Saya pembuat, saya pengarah dan saya pengasas. Mudahnya saya adalah Sendayu Tinggi dan Sendayu Tinggi adalah saya. Kalau ada orang kata saya cuba promosi diri semata-mata kerana mencari glamor, saya rasa saya boleh buat lebih daripada itu.

Apa harapan puan?

Saya hendak mendapat satu kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan penuh berkat. Sebab saya rasa kalau kaya sahaja, hati tidak tenteram, tidak guna.

Hebat bukan? Jika anda fikirkan anda pernah melalui satu zaman kesusahan, maka fikirkan pula beliau )