PhD – Khabar dari Melbourne, Australia

Seorang sahabat semasa bertugas di UiTM Sarawak telah pun berlepas ke Melbourne , Aus melanjutkan pelajaran di Deakin University , Melbourne. Tuan Hj. Abdul Jabbar telah menunaikan fardu Haji dalam usia yang muda [nota; Haji Muda]. Beliau  masih bujang  dan belum berpunya. Saya doakan beliau cepat bertemu jodoh [ nota: maaf kalau dia sudah berpunya].
Kami sering bertanya khabar walaupun jauh beribu batu. Kemudahan ICT memudahlkan kami berdailog, berbincang dan bertukar fikiran. Sesekali kami berbual menerusi Yahoo Messanger. Saya amat tertarik sepotong ayat doa yang beliau kirimkan untuk panduan saya agar beroleh Universiti yang baik serta Supervisor yg bertimbangrasa [nota: sehingga kini saya belum membuat keputusan Universiti mana yang saya pilih dan calon Supervisor saya]. Doanya cukup indah dibaca ..

“Ya Allah, Berilah aku Universiti dan tempat belajar yang baik,supervisor yang baik,tempat tinggal yang baik,kemudahan belajar yang baik, pensyarah yang baik, rakan yang baik, jiran yang baik dan rezeki yg baik”

Doa dari sahabat e-mail Pn. Raja Adzrin, Perth Australia

“Akhirnya saya berdoa, “Wahai Tuhan kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah kefahaman kami. Lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu, dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau berikan cahaya kepada matahari dan bulan, dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaMu wahai yang Paling Pengasih” Amin….

Di sini saya ingin menambah keberkatan doa. Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Terbukti dalam apa hal terutama mencari panduan hidup kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulliah, menurut Hj. Jabbar beliau dipermudahkan dalam segala hal semasa membuat PhD.

Saya doakan beliau berjaya di dunia dan akhirat..

Posted on January 14, 2009, in Doa & Ibadah, Travelog Phd. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. doa yang sangat baik. terima kasih kerana berkongsi.

  2. I love your site!

    _____________________
    Experiencing a slow PC recently? Fix it now!

Leave a comment