Daily Archives: June 8, 2010

Solat Sunat Istikharah : Menetapkan Keputusan

Salam Ukhwah buat semua rakan alam maya…

Saya didatangi banyak persoalan daripada rakan, ahli keluarga , saudara mara dan rakan alam maya berhubung bagaimana menetapkan keputusan pilihan yang mereka harus lakukan. Seringkali di kalangan ahli keluarga dan saudara mara bertanyakan soal pemilihan bila memilih tawaran yang diterima dan sebagainya.

Saya sering memberi pandangan pada setiap keputusan yang ingin dilakukan tetapi itu bukanlah jawapan saya. Bilamana rakan Guru Besar daripada Sarawak bertanyakan adakah harus dia menerima tawaran belajar ke peringkat PhD, saya sekadar memberi pandangan sahaja. Selebihnya saya menganjurkan mereka melakukan Solat Sunat Istikhrah yang sering kita abaikan bilamana berada dalam persimpangan dalam merungkai persoalan kehidupan .

Untuk merungkai persolan tersebut  saya merujuk kepada catatan tulisan Syeikh Amru Khalid & Syeikh Sulaiman bin Nasih Al-Ulwan dan di terjemah oleh Syeikh Abu Muhammad Tolha Al- Khairi dalam bukunya ” Qiayamul Lail Wa Nawafil & Khulasah Solatul Lail” ( Solat Malam Menggamit Kedamaian) terbitan Al-Bayan 2009.

Dalam membuat sesuatu keputusan dan ketetapan , dianjurkan kita melakukan Solat Sunat Istikharah.  Solat Sunat Istikharah adalah solat memohon petunjuk daripada Allah. Dengan kata lain memohon petunjuk tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penetuan atau pilihan. Dikerjakan dua rakaat. Selepas salam baca Surah Al-Fatihah , dihadiahkan kepada Rasulullah saw, para sahabat nabi, para wali Allah dan kaum muslimin dan muslimat.”

Kerjakannya dua rakaat:-

a. Lafaz niatnya “ Sahaja aku Solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”.

b. Rakaat pertama baca Surah Al-Fatihah dan kemudian baca Surah Al-Kafirun

c. Rakaat ke dua baca Al-Fatihah dan selepas iti baca Surah Al-Ikhlas

d. Ketika sujud terakhir hendaklah baca:

Ertinya :” Maha Suci Engkau tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

e. Selepas salam baca Surah Al-Fatihah kepada Rasulullah saw, para sahabat nabi, para wali Allah dan kaum muslimin dan muslimat.

f. Akhir sekali baca doa Istikharah iaitu (maksudnya )

Ya Allah hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Dan hamba memohon memberi kepastian dengan ketentuan-Mu dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar dan Agung . Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu dan Tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini baik bagi hamba maka berikanlah perkara ini kepada hamba , kemudian berikanlah keberkatan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerah-Mu.”

Lakukan bersungguh-sungguh. Semoga Allah akan memberikan petunjuk menerusi gerak hati kita .Semoga kita dirahmati dan diberkati dalam kita memilih jalan kehidupan.

Bakry. Shah Alam